Friday, December 9, 2011

Hikayat Cendawan Putih, Besar-Besar

Zaman sekolah amat memberi kesan yg sgt mendalam dlm diri kita. Kepandaian dan keterroran seorang kanak-kanak itew boleh dikesan semenjak kanak-kanak itu berada disekolah rendah dan menengah..... Namun utk aku pula, ada satu bakat yg sangat terserlah dlm diri aku, dimana aku sendiri berusaha keras, namun still tak pandai2..... iaitu bakat...tak pandai dlm bahasa. Ianya merangkumi bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa arad, .... bahasa uganda, bahasa eskimo, bahasa nepal...dan seangkatan dengan nya. Oleh sebab kt Mlesia...silibus dia tak mengajar bahasa uganda eskimo nepal and the rest, maka aku akan kecik kan skop aku kepada bahasa malaysia sahaja.

Aku tidak cakap aku benci bahasa ibunda, waima bahasa inggeris aku sendiri pun tak berapa nak bagus nahunya. Cuma aku tak pandai bahasa..... malah aku ingat lagi masa zaman sekolah menengah, aku leh skor 100% geography ngn math tapi sangkut sebab Bm aku dapat 69. Awas yer, jika kita belajar di sekolah budak2 pandai, kadang2 takdir terpaksa mencari seorang mangsa yg tidak berapa nak pandai, dan mangsa itu adalah aku. Malah aku ingat lagi masa time cikgu nak bagi kertas jawapan peksa. Dia menggelengkan kepala sambil menyebut nama aku. Selepas aku memegang kertas dan dpt melihat markahnya. Dengan cepat aku melipat kertas jawapan aku supaya kawan2 yg kepoh tak leh nak skodeng skor aku. Mungkin kerana time math cikgu dah berkepol2 puji aku sampai hidung aku setalam kembangnya. Maka mereka mahu melihat kali ini berapa talam pulak hidung aku akan kembang. Namun cikgu nazmah yg mengajar aku pada masa itu sempat memberi mandat yg sehingga sekarang aku masih ingat. "Mcm mana kamu boleh dapat 69 (PS; markah second rendah), Jennifer pun boleh dapat 98 tau." Cikgu menggeleng sambil kecewa, aku melangkah dgn lebih kecewa atau bahasa timur tengah panggil LOSER. Oppsss lupa lak nak cerita pasal Jennifer, dia ni cantik anak kacukan India ngn China, dan entah gen aper yg masuk lam badan dia, sebab dia ni semedang jer dpt 100 atau >95 utk semua subjek. Walaupun sebenarnya aku benci dia, tapi sebab dia ni baik, maka aku terpaksa biasa2 jer ngn dia. 

Seperti aper yg aku ulaskan sebelum-sebelum ni, kosa kata, kata predikat, kata adjetif dan sebagainya adalah sesuatu yg sangat pelik pada pemikiran kepala otak aku seolah-olah seperti son-goku masa kecik2, dia takleh beza mana satu pompuan atau lelaki. Sampai akhirnya dia mendapat konklusion orang pompuan berbeza ngn orang lelaki sbb orang pompuan ada bontot kat depan. Ok Kelemahan aku pastinya lah part paper Pemahaman Bahasa Melayu. Paper objective sbb pastu kena jawab pilihan A B C D, sbb selalunya apa yg aku paham bnyk yg tak ada dlm option. Kalo aku untung dapat la jawapan D atau E...bukan semua jawapan diatas....atau semua jawapan diatas.

Kaedah blur2, tak berapa pandai bahasa ini terbawak2 sehingga lah aku menjadi semakin dewasa dan melangkaui umur suku abad...dimana aku agak blur bila orang start menggunakan bahasa predikat kata seerti terutamanya bahasa kiasan kat aku. Hatta pula aku ni tak dilahirkan zaman Malim deman nak ngurat puteri bunian, Merong mahawangsa nak jajah kedah, mahupun zaman Zainoddin terkejut tgk Haryati pakai kebaya ketat lam buku Tenggelamnya Kapal Van der Wick. Realitynya aku hidup zaman dimana facebook tempat org memaki hamun atau meluahkan perasaan dan friendster dah semakin tak famous.

Oleh itew, di harap anda-anda yg berada diluar sana, sila lah bercakap secara lebih berterus terang tanpa ada bahasa-bahasa kiasan kerana aku tak akan faham aper yg anda cuba sampaikan. Bagi aku maksud "Bagus lah!!" sama maksud mcm .... wow terrornya kau, excelent ..amalkan selalu, atau ...va..va...syabas beta' (Sambil tepuk bahu gaya pelakun hindustan). Walaupun sebenarnya ucapan anda itu menyebabkan saya ditinggal ter kulat2...mcm kulat yg putih, besar2..tapi tumbuh atas taik lembu. Ya...mcm kulat tu lah sy terkulat2. Dan semestinya...PS i'm not Jennifer....AWAS ya..!!

Thursday, December 8, 2011

AirAsia Awesome is coming peeps..!!

I try to impress you guys with my drawing skill while waiting for airasia to load my booking..... isn't it like picasso. I'm soo proud with my self. Can't ever imagine i'm being an artist. So full of indescribable art.... full of story, full of passion. Ok peeps...need to go to sleep!! Alway wish my dad is a richman, having his daughter her personal jet.!!


PS:-Timah i cannot wait any longer..... nak tidoq dlu..!! Besok lu settle jer la...!!
   

Sunday, December 4, 2011

Punca dah tak hilang...

Borink punya pasal, aku bukak2 la blog sesaper jer just nak baca2....and then kat nuffnang punya side flower tu ada terpaste satu blog and entry dia as per below...

If you love someone , tell him or her .
Forget about the rule or the fear of looking ridiculous .
What is truly ridiculous is ,
passing up on an opportunity to tell someone 
                                             that your heart is invested in him or her 

Wahhh..... tetiba terpampar kat kepala otak aku secara slideshow, butir2 IM aku ngn Sabir about sum'one. Pergggghhhh tell him yer..... hhmmm aku boleh berjalan dlm hutan sorank2, aku boleh naik rock climbing tinggi2, aku takder masalah kalo nak cuba freejump, buggy jumping is really one of my dream, travel backpackers pun aku rasa aku boleh buat. Tapi nak berterus terang bab hati dan perasaan ni memang tidak la.....!! Benda paling susah dalam hidup aku.  Ok ...sambung shopping..!!

Hilang Punca

Maaf atas kesibukan saya membantu tugas2 kesatria baja hitam sampai tak sedar yg raksaksa dah semakin bnyk kt bumi ni. Terlupa lak nak tukar baju menjadi otromen joe menyelamatkan manusia-manusia dimuka bumi ini..... wakakakakakaka aper aku merepek ni. Salah satu sbb aku malas blog adalah aku asyik dok sakit jer sepanjang2 minggu start raya haji aritu, termasuk la semput n sakit mata yg tak pernah terjadi lam kamus hidup aku. Dan yg paling penting sbb budget aku lari kow-kow, maka aku sempat shopping satu jer high heel baru, menyebabkan aku takder mood.... so bila takder mood, maka aku takder idea....ada paham..!!

Maka sekarang ada idea balik...sebab gaji dah masuk, maka dengan tidak semena-mena aku terbantai satu perfume EDP kat SASA dengan penuh rasa kembang kempisnya. Best gak try perfume kt SASA ni...sbb salegurl dia tak amek port pun kt kita, so feel free to serve your self, sampai abes kertas putih tu aku keje kan utk try semua perfume...wakakaka..Pas abeh kertas putih, aku sembur lak kat baju ngn tangan aku... ahahahaha.!! Sebenar nya aku nak beli Miss Dior Cherie sbb dah lama sgt suka perfume ni. Tapi tak jumpa kat cna. Tapi aku beli satu perfume ni...bau dia nak seakan sama ngn Cherie ni.... rasa sweet sgt...manis2 mcm gula2...hehe..!! So happy.... :-) Mungkin tahun depan aku nak beli perfume Britney Spears pulak.... wakakakaka azam tahun baru..!!

Kadang2 hidup ni pelik, benda yg kita taknak pikir, benda tu la yg selalu kita asyik dok pikir. Nak cerita ker tanak, nak cerita ker tak..... haish.!! Aku dah nekad tahun ni aku tanak bercinta n aku tanak terikat ngn saper2. Aku tanak serabut kepala yg dah serabut. Understand..!! Walaupun ramai orang push aku cari someone. I just like....let me calm for a while, pass experience betul2 buat aku berfikir bnyk kali. For me, if you like me, just go for it....otherwise don't waste my time. Aku tak reti nak push orang, mengurat orang pun aku tak berapa nak reti sgt.... walaupun ada bnyk kawan lelaki..!! 

So sekarang aku dah nekad nak habis kan sisa-sisa tahun 2011 dengan bnyk bershopping n bergumbira. Wah very ambitious la sangat... Nak-nak pulak sale hujung tahun, sale christmas lagi, bayar bil tlipon pun leh dapat voucer Jusco rm50. Sampai skang aku tertunggu2 bill tlipon aku tak sampai2 lagi. Tak pernah2 dlm hidup aku menunggu bill tlipon...wakakakaka.... namun, demi sepasang lagi high heel, maka aku pastikan aku dapat voucer Jusco itew... ececece..!! Maka tahun depan baru aku pasang stategy baru nak mencari cinta yg betul2 tekad, takder main2 lagi, takder nak memilih2 lagi. Dan aku akan betul2 commited... gullppp..!! PITAM.....

Thursday, November 17, 2011

Mental

Start raya haji aritu, aku asyik tak sihat jer...
Demam sampai 5 hari.
Badan lemah giler.
Tak larat sampai takder mood.
Datang keje pun cam malas2 jer.
Nak start buat keje pun rasa cam malas.
Mental ada la cam down skit. 
Mak aku siap tanya, aku trauma ker sebab hampir excident aritu.
Aku balas la...takder la pulak....Tak rasa aper2 pun.
Walaupun ada dua tiga keta terbalik keliling aku.
Sampai skang aku tercari2...aper punca aku bersikap agak...
Bermuram durja ini......
Tapi still tak dapat jawapan.
Mungkin sbb belum shopping kasut/highheel lagi kowt...!!

Tuesday, November 15, 2011

Random bliss


This is my nenek. She's a very awesome women and like to kiss my cheek while holding my big head. Hope she's in the very good health and a bless life. I miss her.....sob..sob....sob..!!!