Friday, December 9, 2011

Hikayat Cendawan Putih, Besar-Besar

Zaman sekolah amat memberi kesan yg sgt mendalam dlm diri kita. Kepandaian dan keterroran seorang kanak-kanak itew boleh dikesan semenjak kanak-kanak itu berada disekolah rendah dan menengah..... Namun utk aku pula, ada satu bakat yg sangat terserlah dlm diri aku, dimana aku sendiri berusaha keras, namun still tak pandai2..... iaitu bakat...tak pandai dlm bahasa. Ianya merangkumi bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa arad, .... bahasa uganda, bahasa eskimo, bahasa nepal...dan seangkatan dengan nya. Oleh sebab kt Mlesia...silibus dia tak mengajar bahasa uganda eskimo nepal and the rest, maka aku akan kecik kan skop aku kepada bahasa malaysia sahaja.

Aku tidak cakap aku benci bahasa ibunda, waima bahasa inggeris aku sendiri pun tak berapa nak bagus nahunya. Cuma aku tak pandai bahasa..... malah aku ingat lagi masa zaman sekolah menengah, aku leh skor 100% geography ngn math tapi sangkut sebab Bm aku dapat 69. Awas yer, jika kita belajar di sekolah budak2 pandai, kadang2 takdir terpaksa mencari seorang mangsa yg tidak berapa nak pandai, dan mangsa itu adalah aku. Malah aku ingat lagi masa time cikgu nak bagi kertas jawapan peksa. Dia menggelengkan kepala sambil menyebut nama aku. Selepas aku memegang kertas dan dpt melihat markahnya. Dengan cepat aku melipat kertas jawapan aku supaya kawan2 yg kepoh tak leh nak skodeng skor aku. Mungkin kerana time math cikgu dah berkepol2 puji aku sampai hidung aku setalam kembangnya. Maka mereka mahu melihat kali ini berapa talam pulak hidung aku akan kembang. Namun cikgu nazmah yg mengajar aku pada masa itu sempat memberi mandat yg sehingga sekarang aku masih ingat. "Mcm mana kamu boleh dapat 69 (PS; markah second rendah), Jennifer pun boleh dapat 98 tau." Cikgu menggeleng sambil kecewa, aku melangkah dgn lebih kecewa atau bahasa timur tengah panggil LOSER. Oppsss lupa lak nak cerita pasal Jennifer, dia ni cantik anak kacukan India ngn China, dan entah gen aper yg masuk lam badan dia, sebab dia ni semedang jer dpt 100 atau >95 utk semua subjek. Walaupun sebenarnya aku benci dia, tapi sebab dia ni baik, maka aku terpaksa biasa2 jer ngn dia. 

Seperti aper yg aku ulaskan sebelum-sebelum ni, kosa kata, kata predikat, kata adjetif dan sebagainya adalah sesuatu yg sangat pelik pada pemikiran kepala otak aku seolah-olah seperti son-goku masa kecik2, dia takleh beza mana satu pompuan atau lelaki. Sampai akhirnya dia mendapat konklusion orang pompuan berbeza ngn orang lelaki sbb orang pompuan ada bontot kat depan. Ok Kelemahan aku pastinya lah part paper Pemahaman Bahasa Melayu. Paper objective sbb pastu kena jawab pilihan A B C D, sbb selalunya apa yg aku paham bnyk yg tak ada dlm option. Kalo aku untung dapat la jawapan D atau E...bukan semua jawapan diatas....atau semua jawapan diatas.

Kaedah blur2, tak berapa pandai bahasa ini terbawak2 sehingga lah aku menjadi semakin dewasa dan melangkaui umur suku abad...dimana aku agak blur bila orang start menggunakan bahasa predikat kata seerti terutamanya bahasa kiasan kat aku. Hatta pula aku ni tak dilahirkan zaman Malim deman nak ngurat puteri bunian, Merong mahawangsa nak jajah kedah, mahupun zaman Zainoddin terkejut tgk Haryati pakai kebaya ketat lam buku Tenggelamnya Kapal Van der Wick. Realitynya aku hidup zaman dimana facebook tempat org memaki hamun atau meluahkan perasaan dan friendster dah semakin tak famous.

Oleh itew, di harap anda-anda yg berada diluar sana, sila lah bercakap secara lebih berterus terang tanpa ada bahasa-bahasa kiasan kerana aku tak akan faham aper yg anda cuba sampaikan. Bagi aku maksud "Bagus lah!!" sama maksud mcm .... wow terrornya kau, excelent ..amalkan selalu, atau ...va..va...syabas beta' (Sambil tepuk bahu gaya pelakun hindustan). Walaupun sebenarnya ucapan anda itu menyebabkan saya ditinggal ter kulat2...mcm kulat yg putih, besar2..tapi tumbuh atas taik lembu. Ya...mcm kulat tu lah sy terkulat2. Dan semestinya...PS i'm not Jennifer....AWAS ya..!!

No comments: