Tuesday, December 27, 2011

Ketawa dlm tangis

Disaat-saat aku tengah dlm keadaan huru-hara dan gabra..... aku beranikan diri gak mintak maaf kat dia.... namun, aku rasa sebak seksgt....sbb aku tahu hubungan kami tak akan mcm dlu lagi. Sbb mulut orang, hubungan yg baik terus jadi cam orang asing. Aku tak tahu nak cakap apa, yg pasti mata aku dah nak berair and aku rasa sebak.....walaupun org lalu lalang depan aku, nampak cam aku senyum...tapi aku tgh tahan sebak. Arrgggghhhhh.......streesssss.....streessss.....!!

Pada sapa2 yg baca blog aku.....aku just nak sharing, next time jgn la suka bergosip2 yg sampai tahap leh merenggang kan hubungan seseorang. Tak baik kowt buat mcm tu. Dan pada aku pulak.....kenapa la aku bodoh sangat dengar kata orang...... tak pasal2 hilang kawan.!!! Warrrggghhhh nanges..!! 

Saturday, December 24, 2011

Kisah Tok Kadi

Semakin sukar nak berkawan dengan lelaki pada masa dan saat umur dan persekitaran yang semakin penuh menekankan. Orang sekeliling sangat berusaha utk membantu aku mencari jodoh dan aku sangat berterima kasih utk itu. Sampai kadang-kadang aku rasa cam nak pakai purdah jer pegi keje dan pastinya pasni jangan harap aku nak lunch or dinner office hour with my office mate / berdua / lelaki. Ya...si dia adalah lelaki dan menyebabkan orang sekeliling bertindak seolah-olah seperti tok kadi dan saksi, supaya leh mengahwinkan kami secepat yang mungkin. Dan pastinya aku yg ntahaper2 ni akan freak out n panic attack as a normal human being and thinking what the hell you guys are doing...HELLO..!! 

Maka, jadi lah hubungan seorang lelaki dan perempuan yg dulunya leh makan bersama, leh bercerita apa saja, leh mengutuk mana2 yg terkutuk, menceritakan rahsia dengan penuh selesa tanpa perlu bimbang dan risau dimana2.... menjadi seolah-olah seperti tiang kayu bertemu tiang konkrit. Seolah-olah seperti ada tembok besar berlin dihadapan kami mahupun ada tembok besar china yang diagung-agungkan sehingga kini. Yang pastinya kamu misti tergolong dlm golongan orang bangsawan yg memakai sutera paling mahal dengan hamba abdi dan dayang2 selaut ramainya.... Aku... ya aku terima diriku sebagai si barbarian genghis khan yg buruk huduh pakai baju compang camping, dan makan daging dengan kadar yg paling tak senonoh dan selekeh.

Baiklah...sampai disini sahaja pesanan penaja dari aku. Mungkin aku perlu meminta maaf, walaupun aku sendiri tak tahu apa salah aku.... Sayang rasanya persahabatan yg baik, tapi sering disalah ertikan. Aku mengaku, aku sangat selesa berkawan dengan dia..... hanya itu. HANYA KAWAN.

Monday, December 19, 2011

Jom buat keje....jgn mengular...!!

Hmmmm.... malam semalam aku dikidnap oleh warga LEP 5. Sehari suntuk duduk bertapa kat MINES shoppping mall, walhal niat asal nak ngajak dorank lunch jer, pastu nak balik umah nak amek baju kt dobi yg diantar minggu lepas for dry clean, pastu nak vacum n tukar susun atur lam bilik..... Dorank ada gak bagi hint dorank nak beli phone, aku budget paling bertapa sgt pun, kul 5 misti dah ada kat umah. Hmmm harapan belaka. Korank paham2 la kalo pegi shopping dgn lelaki2 yg baru dapat bonus ni memang hazab jawabnya. Aleh2 kul 12.30am baru sampai umah pas balik dari makan kat cawangan MURNI kat bukit jalil.

Apa lagi tido memang gaya PITAM habis. Tak sedar diri, sampai la mimpi kena kejar ngan penjahat 3 orang, semua bangsa cina. Mula2 dorank kurung aku ngn adik aku dlm satu umah, pastu besok pepagi buta, aku terbangun awal, penjahat2 yg lain semua tak bangun lagi. Terus aku kejutkan adik aku, ktrg bukak pintu umah tu, terus lari bagai orang meroyan nak melepaskan diri, adik aku lari paling slow, sampai bakal nak kena tangkap, dlm dok lari2 ni aku sempat lagi toleh belakang, dlm hati dok marah adik aku, apsal la ko lari lembap sgt disaat-saat genting mcm ni. Last2 terbangun tido kul 5.30am, jantung berdegup mcm haper jer..?? Penat berlari dowh plus emo-emo ngn adik sendiri..!!

Tersedar jer dari mimpi tu, terus aku berniat NAK BERUBAH, berubah pakai tudung dgn lebih ikhlas, tanpa on and off lagi. Giler tak..?? Ada kaitan tak kejadian mimpi tu dengan hasil selepas mimpi tu. Giler kan...?? Tapi memang tu jer yg terkeluar lam kepala otak aku pas aku tersedar dari mimpi. Aku tanak coment lebih, sbb aku sampai skang pun masih tercari-cari faktor2 utk berubah kearah itu. Sesetengah orang niat nak berubah pas dorank nak sgt sesuatu dan tuhan makbulkan, mcm jodoh for example or maybe dpt keje yg dorank idam2 kan or dapat naik gaji ker..?? Tapi aku taknak berubah sbb nak kan sesuatu. Biar la aku berubah ikhlas dari dlm diri aku sendiri kerana Allah and i know which level i stayed and my capability. Moga pilihan ni terbaik utk aku kerana diri aku dan tanggungjawab aku tanpa perlu menghiraukan tanggapan orang lain terhadap aku. Amin.

Pas lama terpikir baru aku sedar, semalam time nak beli Galaxy note utk Peah (seorang lelaki w/pun nama kaedah pompuan hokey..!!), ada 3 lelaki cina, memang dia nak pow peah kow2. Aku yg mempunya rekod pembeli phone paling kerap ni tahu le selok belok kaedah nak beli phone ni. Pegi la servey kedai sebelah menyebelah. Sbb cina tu nak jual cassing kt peah dengan harga rm250, walhal kedai sebelah jual rm180 jer. Pastu dia nak amek memory card 8gig then dia bagi memory 16gig tapi kena tambah bayar rm150.....tak ker giler..?? Walhal memory card tu harga dia rm180. Aku lah tukang menyocok peah cakap kedai cna murah, kedai ctu murah, kedai cinun murah. Yang pasti muka lelaki cina tu memang tahap nak lempang aku kuat2... Maka disitu lah dtg lelaki-lelaki cina dlm mimpi aku itew. SEKIAN.

PS:- Dah lama tak buat skill Shalin Zulkifli time main bowling memang sakit tulang pinggul aku sampai skang. 

Sunday, December 18, 2011

N.U.M.B

At a lunch meeting..!!

Friend: Did you know one of the richest man in the world??
Me: Who else..??
Friend: Robert Kiyosaki....
Me: Impressing...!! How could a person invent a computer anti-virus and make a lot of money..
Friend:  **speechless**

At Home. I dig all my book rack and found this book, and have a bless of the rest of the night reading this book and counting my idiotism. 

Monday, December 12, 2011

Kisah Lelaki itu dan Perempuan ini

Walaupun aku cuba berlagak cool, tapi hakikatnya memang jiwa aku berada dlm keadaan sangat porak peranda dan agak jiwa kacau dengan aper yg telah seseorang lakukan pada hati aku. Dan menjadikan ianya bagai remuk, berkecai dan apa-apa lah ayat yg menggambarkan frust-frust ni. Kat mana nak mulakan aku pun tak tahu, tapi aku tetap nak buat entry ni jugak supaya, pasni aku akan move-on dengan hidup aku dan tanam hidup2 perasaan aku kt dia. Dengan nekad tak nak gali lagi perasaan tu dan pegi lantak ko laaa....

Bahasa memang agak mcm kurang diajar, tapi memang aku dah tak boleh berpura-pura nak buat mcm benda ni takder aper2 yang pasti hakikatnya memang menyakitkan hati. Aku juga semakin rimas, bila kawan2 start buat muka, mata bulat seolah-olah nak korek rahsia, ataupun start pasang telinga luas2 mengharap kan aku membuka mulut utk menceritakan tentang status aku ngn dia, arakian pula, bila aku cuba keluar ngn lelaki lain, maka ramai yg hanya memandang sinis sambil mulut mereka mengatakan..."Tu skandal dia jer tu." Sejak bila aku jadi artis sampai nak pasang skandal2 ni pun aku pun tak tahu la.

The truth is, aku cuba berkawan ngn seseorng for about a year, and it didn't work out as it should be since the last aidulfitr, and i've been left alone like there's nothing ever happen between us. Mungkin lelaki akan rasa happy kalo leh mempermain-main kan perasaan perempuan. I hope you happy for what you did. Yeah...really wish..(Gaya mcm muka GI-Jane tengah pegang machine gun yg ada bnyk magezine, senang nak tembak merata-rata..!! Tak pandai pakai machine gun pun still leh mencedera kan mangsa sbb chance nak kena peluru sesat tu memang tinggi).... reeeeaaallllyyy wish you happy ok...!! SANGAT..sambil buat muka kemut!! Ikhlas ni...sambil ketap gigi.. ngn mengasah penumbuk.

Aku rasa, sebagai manusia yg boleh dikategori kan sebagai matang, selayaknya menjadi seorang yg jujur ngn perasaan sendiri, aku tak pernah paksa orang suka aku, dari awal hubungan lagi aku dah berterus terang n siap cakap kalo you ada pompuan lain, atau suka kat orang lain just bagi tahu, aku tak kesah, i will step aside. Thats it..!! Aku bukan jenis ... ko tak nak kat aku, settle ko..!! Aku terjun jambatan, aku siap tulis nama ko atas jambatan, ko orang last aku call, pastu aku conteng gambo ko bnyk2 aku sepah merata2.... supaya kes ni boleh disiasat polis sebagai kes prima faccis..... wakakakaka kelas plan i..!! Tapi tak mungkin aku akan buat mcm tu. Sebab aku ni bnyk maruah, dan bnyk ego jugak.!!

PS:- Mungkin pasni aku kena start mandi 7 jenis bunga lagi sekali, tapi this time aku nak cuba pakai bunga raflesia pulak. Tgk aper effect dia. SEKIAN. Saper2 berani tanya lagi kes aku ngn dia, aku silambam org tuh...PAHAM..!!

Sunday, December 11, 2011

^O_oo_O^

Hi All,

Tak sangka lak, usia yg semakin remaja ni menyebabkan hujung minggu bagaikan hari yg dipenuhkan dengan menyapu sampah, melipat baju, basuh baju, jemur cadar n bantal, membeli barang2 dapur dan memasak. Kaedah dah mcm kerje pembantu umah. Abeh camno, kawan2 den semuo dah kawen, ada kursus laaa, sambung belajar luar negera la, kerja jauh laa dan etc. etc..... den sorank jo yg tak sodar diri, tak kawen2 lagi. Ok kita lupa kan edisi hemo2..... lets check aper yg aku dah berjaya lakukan minggu ni utk mengisi masa lapang aku. 

Taaaarrrraaaa...... sepatutnya ge giant ge beli tudung baru sbb nak ge kenduri kawen besok, tapi ntah haper2 lg yg aku beli, mcm biasa la...selalunya kalo bawak list senarai barang yg nak dibeli, hanya satu dua jer...... tapi yg dibeli kompom bnyk yg takder lam senarai.
Taaarrrrraaaa..... yg real.......

 Yeah.....origami.....

  
Ni antara baju2 yg telah berjaya i design OK. Yg kaler orange tu rama-rama edisi I, sooo sila jgn pertikaikan kalo tak serupa mcm mnatang tu.

 Last but not less....... heartless.... :-)

PS:- Pasti kan anda seorang yg penyabar kalo nak mencuba apa yg saya buat diatas ini. Bukan aper.. takut tercekik makan bnyk sgt kertas. TATA...

Friday, December 9, 2011

Hikayat Cendawan Putih, Besar-Besar

Zaman sekolah amat memberi kesan yg sgt mendalam dlm diri kita. Kepandaian dan keterroran seorang kanak-kanak itew boleh dikesan semenjak kanak-kanak itu berada disekolah rendah dan menengah..... Namun utk aku pula, ada satu bakat yg sangat terserlah dlm diri aku, dimana aku sendiri berusaha keras, namun still tak pandai2..... iaitu bakat...tak pandai dlm bahasa. Ianya merangkumi bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa arad, .... bahasa uganda, bahasa eskimo, bahasa nepal...dan seangkatan dengan nya. Oleh sebab kt Mlesia...silibus dia tak mengajar bahasa uganda eskimo nepal and the rest, maka aku akan kecik kan skop aku kepada bahasa malaysia sahaja.

Aku tidak cakap aku benci bahasa ibunda, waima bahasa inggeris aku sendiri pun tak berapa nak bagus nahunya. Cuma aku tak pandai bahasa..... malah aku ingat lagi masa zaman sekolah menengah, aku leh skor 100% geography ngn math tapi sangkut sebab Bm aku dapat 69. Awas yer, jika kita belajar di sekolah budak2 pandai, kadang2 takdir terpaksa mencari seorang mangsa yg tidak berapa nak pandai, dan mangsa itu adalah aku. Malah aku ingat lagi masa time cikgu nak bagi kertas jawapan peksa. Dia menggelengkan kepala sambil menyebut nama aku. Selepas aku memegang kertas dan dpt melihat markahnya. Dengan cepat aku melipat kertas jawapan aku supaya kawan2 yg kepoh tak leh nak skodeng skor aku. Mungkin kerana time math cikgu dah berkepol2 puji aku sampai hidung aku setalam kembangnya. Maka mereka mahu melihat kali ini berapa talam pulak hidung aku akan kembang. Namun cikgu nazmah yg mengajar aku pada masa itu sempat memberi mandat yg sehingga sekarang aku masih ingat. "Mcm mana kamu boleh dapat 69 (PS; markah second rendah), Jennifer pun boleh dapat 98 tau." Cikgu menggeleng sambil kecewa, aku melangkah dgn lebih kecewa atau bahasa timur tengah panggil LOSER. Oppsss lupa lak nak cerita pasal Jennifer, dia ni cantik anak kacukan India ngn China, dan entah gen aper yg masuk lam badan dia, sebab dia ni semedang jer dpt 100 atau >95 utk semua subjek. Walaupun sebenarnya aku benci dia, tapi sebab dia ni baik, maka aku terpaksa biasa2 jer ngn dia. 

Seperti aper yg aku ulaskan sebelum-sebelum ni, kosa kata, kata predikat, kata adjetif dan sebagainya adalah sesuatu yg sangat pelik pada pemikiran kepala otak aku seolah-olah seperti son-goku masa kecik2, dia takleh beza mana satu pompuan atau lelaki. Sampai akhirnya dia mendapat konklusion orang pompuan berbeza ngn orang lelaki sbb orang pompuan ada bontot kat depan. Ok Kelemahan aku pastinya lah part paper Pemahaman Bahasa Melayu. Paper objective sbb pastu kena jawab pilihan A B C D, sbb selalunya apa yg aku paham bnyk yg tak ada dlm option. Kalo aku untung dapat la jawapan D atau E...bukan semua jawapan diatas....atau semua jawapan diatas.

Kaedah blur2, tak berapa pandai bahasa ini terbawak2 sehingga lah aku menjadi semakin dewasa dan melangkaui umur suku abad...dimana aku agak blur bila orang start menggunakan bahasa predikat kata seerti terutamanya bahasa kiasan kat aku. Hatta pula aku ni tak dilahirkan zaman Malim deman nak ngurat puteri bunian, Merong mahawangsa nak jajah kedah, mahupun zaman Zainoddin terkejut tgk Haryati pakai kebaya ketat lam buku Tenggelamnya Kapal Van der Wick. Realitynya aku hidup zaman dimana facebook tempat org memaki hamun atau meluahkan perasaan dan friendster dah semakin tak famous.

Oleh itew, di harap anda-anda yg berada diluar sana, sila lah bercakap secara lebih berterus terang tanpa ada bahasa-bahasa kiasan kerana aku tak akan faham aper yg anda cuba sampaikan. Bagi aku maksud "Bagus lah!!" sama maksud mcm .... wow terrornya kau, excelent ..amalkan selalu, atau ...va..va...syabas beta' (Sambil tepuk bahu gaya pelakun hindustan). Walaupun sebenarnya ucapan anda itu menyebabkan saya ditinggal ter kulat2...mcm kulat yg putih, besar2..tapi tumbuh atas taik lembu. Ya...mcm kulat tu lah sy terkulat2. Dan semestinya...PS i'm not Jennifer....AWAS ya..!!

Thursday, December 8, 2011

AirAsia Awesome is coming peeps..!!

I try to impress you guys with my drawing skill while waiting for airasia to load my booking..... isn't it like picasso. I'm soo proud with my self. Can't ever imagine i'm being an artist. So full of indescribable art.... full of story, full of passion. Ok peeps...need to go to sleep!! Alway wish my dad is a richman, having his daughter her personal jet.!!


PS:-Timah i cannot wait any longer..... nak tidoq dlu..!! Besok lu settle jer la...!!
   

Sunday, December 4, 2011

Punca dah tak hilang...

Borink punya pasal, aku bukak2 la blog sesaper jer just nak baca2....and then kat nuffnang punya side flower tu ada terpaste satu blog and entry dia as per below...

If you love someone , tell him or her .
Forget about the rule or the fear of looking ridiculous .
What is truly ridiculous is ,
passing up on an opportunity to tell someone 
                                             that your heart is invested in him or her 

Wahhh..... tetiba terpampar kat kepala otak aku secara slideshow, butir2 IM aku ngn Sabir about sum'one. Pergggghhhh tell him yer..... hhmmm aku boleh berjalan dlm hutan sorank2, aku boleh naik rock climbing tinggi2, aku takder masalah kalo nak cuba freejump, buggy jumping is really one of my dream, travel backpackers pun aku rasa aku boleh buat. Tapi nak berterus terang bab hati dan perasaan ni memang tidak la.....!! Benda paling susah dalam hidup aku.  Ok ...sambung shopping..!!

Hilang Punca

Maaf atas kesibukan saya membantu tugas2 kesatria baja hitam sampai tak sedar yg raksaksa dah semakin bnyk kt bumi ni. Terlupa lak nak tukar baju menjadi otromen joe menyelamatkan manusia-manusia dimuka bumi ini..... wakakakakakaka aper aku merepek ni. Salah satu sbb aku malas blog adalah aku asyik dok sakit jer sepanjang2 minggu start raya haji aritu, termasuk la semput n sakit mata yg tak pernah terjadi lam kamus hidup aku. Dan yg paling penting sbb budget aku lari kow-kow, maka aku sempat shopping satu jer high heel baru, menyebabkan aku takder mood.... so bila takder mood, maka aku takder idea....ada paham..!!

Maka sekarang ada idea balik...sebab gaji dah masuk, maka dengan tidak semena-mena aku terbantai satu perfume EDP kat SASA dengan penuh rasa kembang kempisnya. Best gak try perfume kt SASA ni...sbb salegurl dia tak amek port pun kt kita, so feel free to serve your self, sampai abes kertas putih tu aku keje kan utk try semua perfume...wakakaka..Pas abeh kertas putih, aku sembur lak kat baju ngn tangan aku... ahahahaha.!! Sebenar nya aku nak beli Miss Dior Cherie sbb dah lama sgt suka perfume ni. Tapi tak jumpa kat cna. Tapi aku beli satu perfume ni...bau dia nak seakan sama ngn Cherie ni.... rasa sweet sgt...manis2 mcm gula2...hehe..!! So happy.... :-) Mungkin tahun depan aku nak beli perfume Britney Spears pulak.... wakakakaka azam tahun baru..!!

Kadang2 hidup ni pelik, benda yg kita taknak pikir, benda tu la yg selalu kita asyik dok pikir. Nak cerita ker tanak, nak cerita ker tak..... haish.!! Aku dah nekad tahun ni aku tanak bercinta n aku tanak terikat ngn saper2. Aku tanak serabut kepala yg dah serabut. Understand..!! Walaupun ramai orang push aku cari someone. I just like....let me calm for a while, pass experience betul2 buat aku berfikir bnyk kali. For me, if you like me, just go for it....otherwise don't waste my time. Aku tak reti nak push orang, mengurat orang pun aku tak berapa nak reti sgt.... walaupun ada bnyk kawan lelaki..!! 

So sekarang aku dah nekad nak habis kan sisa-sisa tahun 2011 dengan bnyk bershopping n bergumbira. Wah very ambitious la sangat... Nak-nak pulak sale hujung tahun, sale christmas lagi, bayar bil tlipon pun leh dapat voucer Jusco rm50. Sampai skang aku tertunggu2 bill tlipon aku tak sampai2 lagi. Tak pernah2 dlm hidup aku menunggu bill tlipon...wakakakaka.... namun, demi sepasang lagi high heel, maka aku pastikan aku dapat voucer Jusco itew... ececece..!! Maka tahun depan baru aku pasang stategy baru nak mencari cinta yg betul2 tekad, takder main2 lagi, takder nak memilih2 lagi. Dan aku akan betul2 commited... gullppp..!! PITAM.....

Thursday, November 17, 2011

Mental

Start raya haji aritu, aku asyik tak sihat jer...
Demam sampai 5 hari.
Badan lemah giler.
Tak larat sampai takder mood.
Datang keje pun cam malas2 jer.
Nak start buat keje pun rasa cam malas.
Mental ada la cam down skit. 
Mak aku siap tanya, aku trauma ker sebab hampir excident aritu.
Aku balas la...takder la pulak....Tak rasa aper2 pun.
Walaupun ada dua tiga keta terbalik keliling aku.
Sampai skang aku tercari2...aper punca aku bersikap agak...
Bermuram durja ini......
Tapi still tak dapat jawapan.
Mungkin sbb belum shopping kasut/highheel lagi kowt...!!

Tuesday, November 15, 2011

Random bliss


This is my nenek. She's a very awesome women and like to kiss my cheek while holding my big head. Hope she's in the very good health and a bless life. I miss her.....sob..sob....sob..!!!

Mari Berubah utk Kebaikan

Yeah...ayuh kawan2. Mari kita berubah mencari satu hala tuju yang lebih membawa makna dan kebaikan dalam hidup. Life is short. Make it worth every minute of the day. Yeah...aku skang ni memang dalam mood mengemas, and apa yg aku perasan bila aku mengemas dan cuba susun atur yg baru, aku rasa mood aku dah kembali berbeza, rasa lebih bersemangat with new perspektif and idea in my mind. Maka aku dah berjaya mengemas bilik aku menjadikan ianya nampak kemas sedikit daripada status berselerak dan berhabuk yg aku pegang sebelum ni. Hmmm....nak publish ker gambo bilik sendiri.....idok kowt, praibesy tuh... tapi boleh la sedikit sedikit hint hint yg bilik aku dah kemas ... seperti dibawah ini.... 

 My first art atas kanvas.....hoyeah..!! Walaupun macam lukisan budak darjah 4, namun ianya adalah satu seni yg paling unggul dlm hidup aku...uhuk..uhuk..!! Sebelah kiri tu adalah merupakan penyangkut yg baru aku beli termasuk dinding yg berjaya aku lobangkan dgn skill handygirl yg aku ada(harap tuan umah tak perasan..lalala).

 Cita-cita menjadi yunalis zarai nombo 2 yg belum lagi tercapai2 dek kerana laptop rosak susah nak belajar main gitar kt utube, buku jual not gitar mahal tak hengat, jari kontot dan macam2 lagi alasan2 yg sangat logik pada pemikiran aku.

 My fav' jewelery hadiah dari kawan... yang sebelah kanan tu adalah fav' rantai yg aku beli sendiri yg aku sentiasa pakai ge opis supaya menampakkan gaya aku lebih sopistekated. Gaya apakah itu.....!! Entah aku pun tak tahu.
 Earing2 kesayangan aku dan ada bnyk lagi. Dalam masa yg sama bnyk yg dah rosak....tetambah yg fav aku selalu pakai....benci betul.!!

Kata nak tunjuk deco bilik..?? Wakakakakaka......jgn harap laaa.....!!!

Monday, November 14, 2011

I felt soo...... i don't know..!! I miss kampung, stayed with parents, brothers and sisters. Ate good food together, home cook, pretty lazy around..... Huhu...!!

PS:- At last i have highly motivated to repair my laptop while playing ANGRY BIRD using my sista's notebook. I never knew that i do pretty awesome in angrybird.....and i'm good at that...believe me..!!!

Tuesday, November 1, 2011

FAT

I felt like my body a little bit shabby here and there. Due to my night shifted at work... i tend to have my night snack very often then before. And my eating habbit is more like a mad cow whose came from a very shallow dungeon, crazy for a fresh green grass after a very long bloody muddy flood. And i ate breakfast and lunch at 5.00pm in the evening, which i hope will tell the whole story complete. Not to mention my sleeping timing which is slightly parallel to what an owl will do. I mean..... i need to JOG.


Monday, October 24, 2011

PASSION

I'm struggling to finish a book; LAST CLIMB a journey of Sir George Mallory with his friend Irvine to climb the summit of Everest from North Col. I just kept wonder with myself, why people has soo much passion about something. I had an x-housemate whose really crazy when it talks about mountain, i promise you guys that almost all the summit in Malaysia she has just manage to conquer. I'm not just really proud with her achievement but the same time always think what kind of maniac she is..?? Opppppssss.....

I know one man, whom had a great endeavour about motorbike. He was just a decent man, funny to describe, love to laught a lot and make fun to whom suppose or deserve to make fun of (u guys might not get what i want to tell, nevermind....back to main story.) The best way to describe... a humble man. He just travel with his BMW motorbike throughout himalaya ridge, to the very place i really want to go....NEPAL and TIBET..!! Urrgghhh i'm sooo jealous. He's the man whom told me a story about Kanchanaburi and the rest. Make me wonder, could i have a chance to experience all this thing by myself.

I once meet a guy whom really have a passion about tiny insect especially a spider. And he really good at taking a picture of those creatures in a very presentable well describe view. Oh yeah I do meet an old man, very old now, tall with a spectacle and a cap slightly like a barret. Very quiet with serious-face, not a very polite type, but when you know him, you will really understand his passion in ART through his painting and talk, he travel to indonesia a lot and his quite talkative indeed. He learns their culture, he can talk many indonesia dilect and apart from that, he just a Malaysian whom just came from Melaka. Just ask him about history, he can just describe way back from the day of Silendra, the Pattani, Sriwijaya dynasty and the goes on and on with facts and proof. Amazing man.....thats all i can say.

I meet a rock climbers, or used to be a climbers. I very much enjoy myself when i see a man whom climb a rock or walls. How they maneuvered through difficults and danger. To achieve the pinpoint to hook the rope. How their passion and their trust, believed and spirit that keeps going to the very last sweat. They make people believe that the MAN-WILLS will even make them stronger.

I just wonder, what life is mean for when a man live without a great passion in himself. I'm gonna built my passion....maybe i'm not gonna succeed now, but who knows 10 maybe 20 years from now...i made it..!!!

"Because its there!!!"
-George Mallory



Friday, October 21, 2011

GAJI

Hmmm...... dua tiga hari ni aku asyik termenung mikir perbelanjaan dimana aku semakin bijak "merancang" dari semasa ker semasa. Start minggu lepas lagi aku dah countdown bila gaji nak masuk (usually 2 or 3hb). Setiap hari merupakan hari yg menyiksakan....tambahan pulak dah nak dekat raya haji ni.... aku decide nak balik kampung la nak makan daging korban, tahun lepas tak balik kampung...rasa tak best sgt. So tahun ni by hook or by crook aku nak balik jugak.... so pakai duit lagi.

Nasib baik rancang ge CRUISE or pg Langkawi tak jadi, nak pg bali pun tak beli2 tiket flight lagi..... kalo jadi kompom kopak lagi duit aku. Wakakakkakaka.... aku pun tak paham camner aku tak leh handle duit tiap2 bulan. Gaji aku bukannya sikit, bleh tahan bnyk jugak......

Mungkin sbb musababnya adalah kerana....tiap2 hari makan old town, kfc, or mcd, or paparich, pegi gudang sale bantai 19 helai baju, pegi jualan buku beli sampai setimbun buku, ditambah pula bantai 3 pasang jean on shot......merupakan jawapan utk segala2nya.

NAMUN ada beberapa perkara dalam hidup saya yg masih lagi belum COMPLETE

1) Arrgghhhhh....t-shirt yang sgt cumel....kenapa kamu terlalu menggoda-goda hati dan perasaan saya utk membeli kamu. Saya dah tak boleh tido siang malam teringatkan kamu, hati saya meronta2 kalo saya tak beli kamu nnt orang lain beli....lepas tu stok habis menyebabkan saya dah dapat memiliki kamu dan memakai kamu time saya lepak ngn kenkawan sy.... ohhh KEJAM...kamu sgt kejam..... kamu kejam walaupun kamu sekadar t-shirt yg cumel..... aaarrhhh...
2) Aku paling benci perasaan suka kan sesuatu dan tersangat2 ingin memilikinya..... arggghhhh aku tersiksa, walaupun ko ni takder la standard JIMMY CHOO, tapi bagi aku ko sama jer level..... waarggghhhhh...nak harap thn depan nak ge Jakarta baru nak beli..... aku dah tak leh dah nak tunggu. Tiap2 hari aku pegi keje aku dok terbayang kan aku pakai korg walaupun sebenarnya aku pakai kasut lain, tapi tetap hati meronta2 nak beli korg berdua.....warrgggghhhh.

3) Saya tahu diri saya ni tak secantik sopia jane, saya takder la setinggi tyra bank, cumil cam nora danish pun tidak...... sbb tu saya tergiler2 kan kamu air ajaib....dah 2bulan dah teringat kan kamu tapi sampai skang tak terbeli2.......oh patut lah muka saya ada jerawat skit. kulit pun dah kering dan kurang bermaya dan tidah berseri2....saya dah cuba pakai air paip, sumpah tak sama cam air ajaib ni....!!!

Mungkin ini lah sebabnya aku tak nak baiki laptop aku, sbb kalo laptop aku ok...kompom tiap2 hari aku bukak laman web ni, dok mengusher benda2 yg aku nak dan mengabehkan duit. SEKIAN..!!!!

Tuesday, October 18, 2011

mALaS

Saya tahu saya agak malas semenjak dua tiga menjak ni...
Saya tahu saya dah lama tak publish apa2....
Laptop saya rosak, tapi saya malas nak ge baiki.
Ikan saya bela pun dah mati, walaupun baru minggu lepas beli.
Pokok cili belakang umah pun dah malas nak siram.
Biji benih tomato yg dikeringkan pun entah mana pegi.
Baju kat ampaian pun saya malas nak angkat,
Dah angkat saya malas nak lipat.
Saya malas-malas jer nak excercise bagai...
Time saya nak bangun pagi pegi joging, jam loceng tak bunyi la...
Seluar track basah tak sempat kering la, kasut penuh lumpur la...stokin cari tak jumpa la...
Kesan nya...time nak climb wall, haram satu route pun tak lepas....
Buat malu diri sendiri jer.
Ni kan pulak nak ge naik gunung hujung minggu ni....

Saya malas nak masak, malas nak bangun tido, kadang2 malas mandi, minum susu sebelum tido pun dah malas, buku baru beli pun malas nak susun atas rak bersepah sana sini, pokok2 bunga pun dah malas nak siram, perusahaan lalang depan umah dah semakin maju dan berkembang.

Mungkin ini la kesan nya...bila rancang nak ge bali tak jadi....rancang nak ge cruise ker phuket pun direject ketepi. hmmmm.......nak rancang pegi seorang diri....HUI...WA BELUM BERANI..!!!

Friday, September 30, 2011

Kelab Jiwa Kacau

Kelab ni merupakan salah satu kelab bawah tanah yg aku berjaya menjadi ahli dan memegang jawatan timbalan presiden. Kelab ni mempunyai keahlian yg terdiri daripada mereka2 yg sangat2 mempunyai bnyk masalah dalam hidup, tak tentu arah, tak reti nak settle masalah, tak tahu kat mana punca masalah, kurang kasih sayang, dan sebagainya, pokoknya jiwa sentiasa kacau. Maka setiap kali perjumpaan, memang masalah jer yg ktrg cerita...wakakakkakakaka. Oleh kerana kelab ni category bawah tanah, maka ahli2 nya juga memang tak pernah di war2 kan atau di hebah kan kepada mana2 media hatta kepada jiran sebelah umah sekali pun. Bukan setakat ahli, malah pemerhati bebas atau penasihat kelab juga tak pernah di hebahkan senarai2nya. Nak menjadi ahli kelab juga perlu saringan yg sangat ketat. Time perjumpaan kalo dia cerita stori dia dan dikelas kan sebagai masalah boleh settle....maka keahliannya akan direject serta merta. Dia leh cuba stori cerita lain yg lebih jiwa kacau for next meeting. Dan pastikan time nak bercerita tu buat muka sehabis bnyk masalah. Sehabis runsing laaaa.... kalo nak trill kasi mata berair skit... compem leh masuk kelab ktrg. Saat perjumpaan atau meeting adalah yg paling best, sebab dapat meluahkan segala masalah yg terbuku dan terpaku kat jiwa. Selalunya sesi luahan rasa ni diberi keutamaan kepada ahli kelab, selalunya presiden yg akan conquer session ni.... dan tugas2 penasihat dan pemerhati bebas adalah utk memberi nasihat dan kadang2 boleh mentertawakan stori2 tersebut. Oleh sebab nama kelab ni jiwa kacau, maka kami mengambil satu initiative yg berbeza bila dtg bab perjumpaan supaya tak nampak sgt jiwa kami ni tengah kacau. Kami start pegi tempat2 yg menarik dan makan makanan yg best2 yg kadang2 tak pernah makan atau tak pernah buat sekalipun. XTVT2 yg kami rancang juga semua yg grand2 yg nampak best dan memang best supaya leh minimakan rasa jiwa kacau kami ni. Dan pastinya orang luar sangat susah nak join xtvt kami because it is upon invitation only. Namun, semakin hari, waktu seperti bnyk membantu dari segi kelancaran hidup masing2 menyebabkan ramai ahli dah semakin kurang jiwa kacaunya........sehingga menyebabkan kelab ni tinggal satu jer ahli yg setia...... TAMMAT

Wednesday, September 28, 2011

Forget

I just realise something, since i knew him, i just forgot everything happen around me.
I just forget my dream, i just forgot how to be me.
I just forgot what i want in life, just to be with him.
I suddently have no time to do reading, and had plenty of new book collection on my rack unread.
I just forgot about The Great Gasby, I forgot Two Cups of Tea, I forgot about Hitler and so on.
I don't knew how to make a poem anymore, while when i make one... it never sound like before!!
It's not genuinely represent who i am.
I mix the color, somehow i don't know what to paint.
I dream to travel around the world.
I really want to create my own song and play guitar.
I want to be a great photographer, so that i can took a picture about a journey in life.
I haven't yet reach the great wall of china or the bemusing air of taj mahal
I haven't reach yet any summit outside my own country.
Suddently i felt like i'm lost in my own direction.
I lost to be who i am.
And i lost to be who i wanted to be.

MAYBE he is not for me, maybe not yet for me.......
Gave me strength...to kept back the person i lost in me.!!!

Thursday, September 8, 2011

Si Luncai dengan Labu-labunya

Hai Kenkawan semua dua tiga orang yg selalu baca blog saya yg tak seberapa ni. Kali ni saya nak cerita tentang satu sifat manusia iaitu CRITIS, ada manusia yg suka critis dgn niat utk kebaikan..... tapi aper yg saya nak story morri kat cni adalah sifat critis manusia yg satu lagi dimana kita sendiri tak tahu aper niat dia. Kita nak tuduh dia jeles kat kita...tapi tuduhan tu macam fitnah la pulak.... maka kita just buat muka blur jer.... sebab biler buat muka blur.... rasa2 nya tak berdosa kowt. Wakakakakkakaka.....

Ok bnyk sifat2 manusia yg suka kritis ke arah negetive ni yg selalu kita hadapi dalam sedar atau tak sedar. For example:-

1. Time kita beli barang2.
-dorank akan start dengan ayat, apasal ko beli phone ni, phone ni tak bagus la, applikasion pun tak bnyk.

Dlm hati korank.
-Deerrr...wa beli phone ni sebb wa memang tak minat nak bayar bulan2 sampai seratus lebih pastu asyik dok complaint duit tak cukup bagai. Gua beli ikut kemampuan wa, lagi satu wa ni jenis tak suka terikat ngn contract bagai. Lu sibuk pa hal...wa guna duit lu ker...!!! (PS:-ayat2 diatas hanya diluahkan dlm hati jer, sbb malas nak gaduh2)

2. Time kita memasak.
-dorank akan start dengan ayat, apasal masak macam ni, ko sepatut potong macam ni...bla...bla..bla..

Dlm hati korank.
-Deerrrr.... wa masak utk diri wa derr, wa takder la sampai tahap nak bukak restaurant bagai. Lu pun selalu masuk dapur time wa nak memasak jer..... time lain..manjang mengadap cermin jer.... budget muka leh bertukar jadi sopiah jen kowt.

3. Time kita tukar rim keta.
-dorank akan start dengan ayat, apasal pegi beli kat cna, kat sinun kan lagi murah.

Dlm hati korank.
-Deerrr..... lagi sekali derrr, wa punya duit kowt. Time wa asyik bertanya n servey kat mana nak cari rim.... sekor2 buat deerrkk jer..... time wa dah tukar baru nak berkokok bagai....H#$%^ betul..!!

4. Time kita ajak makan kat kedai kita suka.
-Dorank akan start dengan ayat, apasal lak nak makan ctu apa bestnya makan kat ctu, harga pun mahal.

Dlm hati korank.
-Deerrrr..... memang kedai yg wa ajak ni mahal, tapi wa confirm, kedai yg lu ajak nak makan tu make sure servis dia bagus makanan dia over expected, make sure gak harga dia lg murah dari kedai yg wa cadang, kalo tdk wa tebalik kan meja..... lu tak ada duit tak yah nak bongkak2 bagai, cakap jer berterus terang. Wa pun bukan jenis kaya sgt...... cuma wa paling pantang org tak berapa nak berduit, belagak mcm duit tu berkoyan2...... (Kata2 ku di dalam hati yg tulus)

OK kenkawan. Post ni bukan utk mengajar andar menjadi seorang pengkritik yg lebih baik, atau pemaki hamun yg lebih tegar.... tidak...tidak yer...kenkawan. Post ini adalah utk kita sama2 belajar ... secara common sense atau lebih kearah kritik yg halus dan boleh diterima oleh orang lain atau dlm bahasa psykology atau mat saleeh..INTERPRET. Kesan nya adalah dimana anda tidak dimaki hamun, more or less orang takkan memandang anda seperti seorang yg tak ada attitude, tak sekolah tinggi sgt, tak MATANG langsung, menyakitkan hati atau tak ada adap mahupun adat.

First situation.
- Bila seseorang kawan atau kenalan anda membeli barang atau pakaian yg sgt2 buruk pada pandangan mata hati anda.
Your action.
i) Wow berlainan la baju ni ngn baju yg selalu ko pakai. Ini fashion korea ekk.... tapi rasanya kalo ko pakai selendang color kelabu lagi nampak matching kowt.
ii) Wow henset baru, cantik la design dia, tapi kalo ada kaler hitam lagi grand kowt.... misti bnyk kan applikasi dia. Ada internet tak..ada bluetooth....oooo takder endroid ekk.... takper la..janji harga dia ok.

Second situation.
- Bila seseorang kawan mencadangkan sesuatu. Contohnya, mengajak makan dan minum di kedai yg anda tak suka.
Your action.
i) Owh ye ker. Minum kat Old town ekkk.... ok la tu...mee ngn roti kaya dia sedap. Tapi kopi dia pekat sgt la.... aku rasa cam nak makan benda lain. Kita lepak old town next time boleh.
ii) Makan kat kedai makan TUT-TUT....aik first time aku dengar kedai makan ni. OK tak harga dia.... aku punya budget bla..bla..bla..jer..... kalo budget ok servis ok makanan pun sedap aku tak kesah.... tapi kalo semua kriteria yg aku senarai kan kat atas ni tak ok...... better kita cari kedai lain. Kedai Makan Sinun tu ok... harga berpatutan, siap ada life band....nak try tak makan kat cna..??

Ok lah kenkawan, cukup la situasi yg saya senarai kan kat atas sebab satu baru pas makan, rasa cam nak ge lepak toilet jap. Oleh itu saya berharap post kali ni dapat memberi kesan dlm diri anda. Anda adalah siapa diri anda sendiri. Tapi make sure diri anda itu adalah terdiri dlm kelompok manusia2 yg orang rasa ok utk berkawan, jangan menjadikan diri anda dlm kelompok orang2 yg dimenyampahkan...sampai kawan2 anda trauma nak bercakap ngn ada...sbb kompom anda akan pangkah dorank kow2..... walaupun anda sendiri actually tak berapa nak pasti ngn situasi tersebut.

Respek orang lain punya WILL, or kehendak. Setiap manusia tuhan dah tentukan berbeza, respek dia punya perbezaan sebagai mana orang lain respek your mulut lezer and they are waiting for the right time to explode. Maka oleh itu, seperti aper kata kumpulan senario jangan jadi macam si luncai dengan labu2nya.... kowt yer pon nak terjun...tinggal kan la labu2 tu... boleh masak lemak atau pengat. OK CHOW.

Wednesday, August 24, 2011

Goitre

Hey you...!!!

I haven't had proper time to talk with u guys about this issue, its been like in my head for a very long time, but i need to do few research first b'fore i burst everything here. Actually, about more then a month ago i did a blood test, to test for my thyroid. I did not have big gland on my neck, it just i have a symptoms which kindly similar to GOITRE or THYROID. First and foremost, my weight lost... approximately plus minus 10kg for the past 2 to 3 years. I ate like hell, a lot. Had a problem with hair lost.... its not like a few, it just like ton of it. My carpet merely turn into blacky spot because of my own hair. High palpitation, my heart always beat fast not like before and i often get a nerves breakdown even for a simple thing.

My hand shaken, doctor said it is due to high palpitation. Then i am totally had a problem with heat, they called it as heat intolerence. I cannot hold with something too warm or heat, i sweat and i felt totally discomfort, and my mood will easily swing. Can't either face a room which the aircone is too cold, my body will shaken like i'm in northpole, it just i wish there is peguin there, so i can play with those little cute animal, ok enought with my stupid emagination. 

That is what i felt, that some people didn't understand. I realise one thing that i cannot put myself into pressure, i felt like there something stuck in my neck, that it is hard for me to swallow my food or even a drink of water was felt like soo annoying. I thought, all of this is normal, just the same like others. Until i found a friend, my colleague IRNI, whom had a thyroid gland and will goes for an operation after RAYA. She's the one who push me to do a medical check-up a blood test to be exact.... and at first Doctor call to came and get my result after a week. She just told me that my result is negetive, somehow she urge me to get my result and consult her personally.

With a pity face, she just directly told me that my result is negetive somehow, i had a symptom of a NON TOXIC GOITRE, i'm lucky that my gland is still not swell, but then again i need to remove it before it get worst. I just ask the doctor to refer me to any government hospital to seek an advice from endocrinology for a second opinion. Actually i need to do an ultrasound to check the improvement of my gland for further action. Removal of the gland is something that i cannot run, otherwise it will cause an inbalance hormones in my body. One of the result for high palcipitation is a heart decease. Hmmm...... should seek for an appointment soon after raya. HUHU..gudnite