Tuesday, December 27, 2011

Ketawa dlm tangis

Disaat-saat aku tengah dlm keadaan huru-hara dan gabra..... aku beranikan diri gak mintak maaf kat dia.... namun, aku rasa sebak seksgt....sbb aku tahu hubungan kami tak akan mcm dlu lagi. Sbb mulut orang, hubungan yg baik terus jadi cam orang asing. Aku tak tahu nak cakap apa, yg pasti mata aku dah nak berair and aku rasa sebak.....walaupun org lalu lalang depan aku, nampak cam aku senyum...tapi aku tgh tahan sebak. Arrgggghhhhh.......streesssss.....streessss.....!!

Pada sapa2 yg baca blog aku.....aku just nak sharing, next time jgn la suka bergosip2 yg sampai tahap leh merenggang kan hubungan seseorang. Tak baik kowt buat mcm tu. Dan pada aku pulak.....kenapa la aku bodoh sangat dengar kata orang...... tak pasal2 hilang kawan.!!! Warrrggghhhh nanges..!! 

Saturday, December 24, 2011

Kisah Tok Kadi

Semakin sukar nak berkawan dengan lelaki pada masa dan saat umur dan persekitaran yang semakin penuh menekankan. Orang sekeliling sangat berusaha utk membantu aku mencari jodoh dan aku sangat berterima kasih utk itu. Sampai kadang-kadang aku rasa cam nak pakai purdah jer pegi keje dan pastinya pasni jangan harap aku nak lunch or dinner office hour with my office mate / berdua / lelaki. Ya...si dia adalah lelaki dan menyebabkan orang sekeliling bertindak seolah-olah seperti tok kadi dan saksi, supaya leh mengahwinkan kami secepat yang mungkin. Dan pastinya aku yg ntahaper2 ni akan freak out n panic attack as a normal human being and thinking what the hell you guys are doing...HELLO..!! 

Maka, jadi lah hubungan seorang lelaki dan perempuan yg dulunya leh makan bersama, leh bercerita apa saja, leh mengutuk mana2 yg terkutuk, menceritakan rahsia dengan penuh selesa tanpa perlu bimbang dan risau dimana2.... menjadi seolah-olah seperti tiang kayu bertemu tiang konkrit. Seolah-olah seperti ada tembok besar berlin dihadapan kami mahupun ada tembok besar china yang diagung-agungkan sehingga kini. Yang pastinya kamu misti tergolong dlm golongan orang bangsawan yg memakai sutera paling mahal dengan hamba abdi dan dayang2 selaut ramainya.... Aku... ya aku terima diriku sebagai si barbarian genghis khan yg buruk huduh pakai baju compang camping, dan makan daging dengan kadar yg paling tak senonoh dan selekeh.

Baiklah...sampai disini sahaja pesanan penaja dari aku. Mungkin aku perlu meminta maaf, walaupun aku sendiri tak tahu apa salah aku.... Sayang rasanya persahabatan yg baik, tapi sering disalah ertikan. Aku mengaku, aku sangat selesa berkawan dengan dia..... hanya itu. HANYA KAWAN.

Monday, December 19, 2011

Jom buat keje....jgn mengular...!!

Hmmmm.... malam semalam aku dikidnap oleh warga LEP 5. Sehari suntuk duduk bertapa kat MINES shoppping mall, walhal niat asal nak ngajak dorank lunch jer, pastu nak balik umah nak amek baju kt dobi yg diantar minggu lepas for dry clean, pastu nak vacum n tukar susun atur lam bilik..... Dorank ada gak bagi hint dorank nak beli phone, aku budget paling bertapa sgt pun, kul 5 misti dah ada kat umah. Hmmm harapan belaka. Korank paham2 la kalo pegi shopping dgn lelaki2 yg baru dapat bonus ni memang hazab jawabnya. Aleh2 kul 12.30am baru sampai umah pas balik dari makan kat cawangan MURNI kat bukit jalil.

Apa lagi tido memang gaya PITAM habis. Tak sedar diri, sampai la mimpi kena kejar ngan penjahat 3 orang, semua bangsa cina. Mula2 dorank kurung aku ngn adik aku dlm satu umah, pastu besok pepagi buta, aku terbangun awal, penjahat2 yg lain semua tak bangun lagi. Terus aku kejutkan adik aku, ktrg bukak pintu umah tu, terus lari bagai orang meroyan nak melepaskan diri, adik aku lari paling slow, sampai bakal nak kena tangkap, dlm dok lari2 ni aku sempat lagi toleh belakang, dlm hati dok marah adik aku, apsal la ko lari lembap sgt disaat-saat genting mcm ni. Last2 terbangun tido kul 5.30am, jantung berdegup mcm haper jer..?? Penat berlari dowh plus emo-emo ngn adik sendiri..!!

Tersedar jer dari mimpi tu, terus aku berniat NAK BERUBAH, berubah pakai tudung dgn lebih ikhlas, tanpa on and off lagi. Giler tak..?? Ada kaitan tak kejadian mimpi tu dengan hasil selepas mimpi tu. Giler kan...?? Tapi memang tu jer yg terkeluar lam kepala otak aku pas aku tersedar dari mimpi. Aku tanak coment lebih, sbb aku sampai skang pun masih tercari-cari faktor2 utk berubah kearah itu. Sesetengah orang niat nak berubah pas dorank nak sgt sesuatu dan tuhan makbulkan, mcm jodoh for example or maybe dpt keje yg dorank idam2 kan or dapat naik gaji ker..?? Tapi aku taknak berubah sbb nak kan sesuatu. Biar la aku berubah ikhlas dari dlm diri aku sendiri kerana Allah and i know which level i stayed and my capability. Moga pilihan ni terbaik utk aku kerana diri aku dan tanggungjawab aku tanpa perlu menghiraukan tanggapan orang lain terhadap aku. Amin.

Pas lama terpikir baru aku sedar, semalam time nak beli Galaxy note utk Peah (seorang lelaki w/pun nama kaedah pompuan hokey..!!), ada 3 lelaki cina, memang dia nak pow peah kow2. Aku yg mempunya rekod pembeli phone paling kerap ni tahu le selok belok kaedah nak beli phone ni. Pegi la servey kedai sebelah menyebelah. Sbb cina tu nak jual cassing kt peah dengan harga rm250, walhal kedai sebelah jual rm180 jer. Pastu dia nak amek memory card 8gig then dia bagi memory 16gig tapi kena tambah bayar rm150.....tak ker giler..?? Walhal memory card tu harga dia rm180. Aku lah tukang menyocok peah cakap kedai cna murah, kedai ctu murah, kedai cinun murah. Yang pasti muka lelaki cina tu memang tahap nak lempang aku kuat2... Maka disitu lah dtg lelaki-lelaki cina dlm mimpi aku itew. SEKIAN.

PS:- Dah lama tak buat skill Shalin Zulkifli time main bowling memang sakit tulang pinggul aku sampai skang. 

Sunday, December 18, 2011

N.U.M.B

At a lunch meeting..!!

Friend: Did you know one of the richest man in the world??
Me: Who else..??
Friend: Robert Kiyosaki....
Me: Impressing...!! How could a person invent a computer anti-virus and make a lot of money..
Friend:  **speechless**

At Home. I dig all my book rack and found this book, and have a bless of the rest of the night reading this book and counting my idiotism. 

Monday, December 12, 2011

Kisah Lelaki itu dan Perempuan ini

Walaupun aku cuba berlagak cool, tapi hakikatnya memang jiwa aku berada dlm keadaan sangat porak peranda dan agak jiwa kacau dengan aper yg telah seseorang lakukan pada hati aku. Dan menjadikan ianya bagai remuk, berkecai dan apa-apa lah ayat yg menggambarkan frust-frust ni. Kat mana nak mulakan aku pun tak tahu, tapi aku tetap nak buat entry ni jugak supaya, pasni aku akan move-on dengan hidup aku dan tanam hidup2 perasaan aku kt dia. Dengan nekad tak nak gali lagi perasaan tu dan pegi lantak ko laaa....

Bahasa memang agak mcm kurang diajar, tapi memang aku dah tak boleh berpura-pura nak buat mcm benda ni takder aper2 yang pasti hakikatnya memang menyakitkan hati. Aku juga semakin rimas, bila kawan2 start buat muka, mata bulat seolah-olah nak korek rahsia, ataupun start pasang telinga luas2 mengharap kan aku membuka mulut utk menceritakan tentang status aku ngn dia, arakian pula, bila aku cuba keluar ngn lelaki lain, maka ramai yg hanya memandang sinis sambil mulut mereka mengatakan..."Tu skandal dia jer tu." Sejak bila aku jadi artis sampai nak pasang skandal2 ni pun aku pun tak tahu la.

The truth is, aku cuba berkawan ngn seseorng for about a year, and it didn't work out as it should be since the last aidulfitr, and i've been left alone like there's nothing ever happen between us. Mungkin lelaki akan rasa happy kalo leh mempermain-main kan perasaan perempuan. I hope you happy for what you did. Yeah...really wish..(Gaya mcm muka GI-Jane tengah pegang machine gun yg ada bnyk magezine, senang nak tembak merata-rata..!! Tak pandai pakai machine gun pun still leh mencedera kan mangsa sbb chance nak kena peluru sesat tu memang tinggi).... reeeeaaallllyyy wish you happy ok...!! SANGAT..sambil buat muka kemut!! Ikhlas ni...sambil ketap gigi.. ngn mengasah penumbuk.

Aku rasa, sebagai manusia yg boleh dikategori kan sebagai matang, selayaknya menjadi seorang yg jujur ngn perasaan sendiri, aku tak pernah paksa orang suka aku, dari awal hubungan lagi aku dah berterus terang n siap cakap kalo you ada pompuan lain, atau suka kat orang lain just bagi tahu, aku tak kesah, i will step aside. Thats it..!! Aku bukan jenis ... ko tak nak kat aku, settle ko..!! Aku terjun jambatan, aku siap tulis nama ko atas jambatan, ko orang last aku call, pastu aku conteng gambo ko bnyk2 aku sepah merata2.... supaya kes ni boleh disiasat polis sebagai kes prima faccis..... wakakakaka kelas plan i..!! Tapi tak mungkin aku akan buat mcm tu. Sebab aku ni bnyk maruah, dan bnyk ego jugak.!!

PS:- Mungkin pasni aku kena start mandi 7 jenis bunga lagi sekali, tapi this time aku nak cuba pakai bunga raflesia pulak. Tgk aper effect dia. SEKIAN. Saper2 berani tanya lagi kes aku ngn dia, aku silambam org tuh...PAHAM..!!

Sunday, December 11, 2011

^O_oo_O^

Hi All,

Tak sangka lak, usia yg semakin remaja ni menyebabkan hujung minggu bagaikan hari yg dipenuhkan dengan menyapu sampah, melipat baju, basuh baju, jemur cadar n bantal, membeli barang2 dapur dan memasak. Kaedah dah mcm kerje pembantu umah. Abeh camno, kawan2 den semuo dah kawen, ada kursus laaa, sambung belajar luar negera la, kerja jauh laa dan etc. etc..... den sorank jo yg tak sodar diri, tak kawen2 lagi. Ok kita lupa kan edisi hemo2..... lets check aper yg aku dah berjaya lakukan minggu ni utk mengisi masa lapang aku. 

Taaaarrrraaaa...... sepatutnya ge giant ge beli tudung baru sbb nak ge kenduri kawen besok, tapi ntah haper2 lg yg aku beli, mcm biasa la...selalunya kalo bawak list senarai barang yg nak dibeli, hanya satu dua jer...... tapi yg dibeli kompom bnyk yg takder lam senarai.
Taaarrrrraaaa..... yg real.......

 Yeah.....origami.....

  
Ni antara baju2 yg telah berjaya i design OK. Yg kaler orange tu rama-rama edisi I, sooo sila jgn pertikaikan kalo tak serupa mcm mnatang tu.

 Last but not less....... heartless.... :-)

PS:- Pasti kan anda seorang yg penyabar kalo nak mencuba apa yg saya buat diatas ini. Bukan aper.. takut tercekik makan bnyk sgt kertas. TATA...

Friday, December 9, 2011

Hikayat Cendawan Putih, Besar-Besar

Zaman sekolah amat memberi kesan yg sgt mendalam dlm diri kita. Kepandaian dan keterroran seorang kanak-kanak itew boleh dikesan semenjak kanak-kanak itu berada disekolah rendah dan menengah..... Namun utk aku pula, ada satu bakat yg sangat terserlah dlm diri aku, dimana aku sendiri berusaha keras, namun still tak pandai2..... iaitu bakat...tak pandai dlm bahasa. Ianya merangkumi bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa arad, .... bahasa uganda, bahasa eskimo, bahasa nepal...dan seangkatan dengan nya. Oleh sebab kt Mlesia...silibus dia tak mengajar bahasa uganda eskimo nepal and the rest, maka aku akan kecik kan skop aku kepada bahasa malaysia sahaja.

Aku tidak cakap aku benci bahasa ibunda, waima bahasa inggeris aku sendiri pun tak berapa nak bagus nahunya. Cuma aku tak pandai bahasa..... malah aku ingat lagi masa zaman sekolah menengah, aku leh skor 100% geography ngn math tapi sangkut sebab Bm aku dapat 69. Awas yer, jika kita belajar di sekolah budak2 pandai, kadang2 takdir terpaksa mencari seorang mangsa yg tidak berapa nak pandai, dan mangsa itu adalah aku. Malah aku ingat lagi masa time cikgu nak bagi kertas jawapan peksa. Dia menggelengkan kepala sambil menyebut nama aku. Selepas aku memegang kertas dan dpt melihat markahnya. Dengan cepat aku melipat kertas jawapan aku supaya kawan2 yg kepoh tak leh nak skodeng skor aku. Mungkin kerana time math cikgu dah berkepol2 puji aku sampai hidung aku setalam kembangnya. Maka mereka mahu melihat kali ini berapa talam pulak hidung aku akan kembang. Namun cikgu nazmah yg mengajar aku pada masa itu sempat memberi mandat yg sehingga sekarang aku masih ingat. "Mcm mana kamu boleh dapat 69 (PS; markah second rendah), Jennifer pun boleh dapat 98 tau." Cikgu menggeleng sambil kecewa, aku melangkah dgn lebih kecewa atau bahasa timur tengah panggil LOSER. Oppsss lupa lak nak cerita pasal Jennifer, dia ni cantik anak kacukan India ngn China, dan entah gen aper yg masuk lam badan dia, sebab dia ni semedang jer dpt 100 atau >95 utk semua subjek. Walaupun sebenarnya aku benci dia, tapi sebab dia ni baik, maka aku terpaksa biasa2 jer ngn dia. 

Seperti aper yg aku ulaskan sebelum-sebelum ni, kosa kata, kata predikat, kata adjetif dan sebagainya adalah sesuatu yg sangat pelik pada pemikiran kepala otak aku seolah-olah seperti son-goku masa kecik2, dia takleh beza mana satu pompuan atau lelaki. Sampai akhirnya dia mendapat konklusion orang pompuan berbeza ngn orang lelaki sbb orang pompuan ada bontot kat depan. Ok Kelemahan aku pastinya lah part paper Pemahaman Bahasa Melayu. Paper objective sbb pastu kena jawab pilihan A B C D, sbb selalunya apa yg aku paham bnyk yg tak ada dlm option. Kalo aku untung dapat la jawapan D atau E...bukan semua jawapan diatas....atau semua jawapan diatas.

Kaedah blur2, tak berapa pandai bahasa ini terbawak2 sehingga lah aku menjadi semakin dewasa dan melangkaui umur suku abad...dimana aku agak blur bila orang start menggunakan bahasa predikat kata seerti terutamanya bahasa kiasan kat aku. Hatta pula aku ni tak dilahirkan zaman Malim deman nak ngurat puteri bunian, Merong mahawangsa nak jajah kedah, mahupun zaman Zainoddin terkejut tgk Haryati pakai kebaya ketat lam buku Tenggelamnya Kapal Van der Wick. Realitynya aku hidup zaman dimana facebook tempat org memaki hamun atau meluahkan perasaan dan friendster dah semakin tak famous.

Oleh itew, di harap anda-anda yg berada diluar sana, sila lah bercakap secara lebih berterus terang tanpa ada bahasa-bahasa kiasan kerana aku tak akan faham aper yg anda cuba sampaikan. Bagi aku maksud "Bagus lah!!" sama maksud mcm .... wow terrornya kau, excelent ..amalkan selalu, atau ...va..va...syabas beta' (Sambil tepuk bahu gaya pelakun hindustan). Walaupun sebenarnya ucapan anda itu menyebabkan saya ditinggal ter kulat2...mcm kulat yg putih, besar2..tapi tumbuh atas taik lembu. Ya...mcm kulat tu lah sy terkulat2. Dan semestinya...PS i'm not Jennifer....AWAS ya..!!

Thursday, December 8, 2011

AirAsia Awesome is coming peeps..!!

I try to impress you guys with my drawing skill while waiting for airasia to load my booking..... isn't it like picasso. I'm soo proud with my self. Can't ever imagine i'm being an artist. So full of indescribable art.... full of story, full of passion. Ok peeps...need to go to sleep!! Alway wish my dad is a richman, having his daughter her personal jet.!!


PS:-Timah i cannot wait any longer..... nak tidoq dlu..!! Besok lu settle jer la...!!
   

Sunday, December 4, 2011

Punca dah tak hilang...

Borink punya pasal, aku bukak2 la blog sesaper jer just nak baca2....and then kat nuffnang punya side flower tu ada terpaste satu blog and entry dia as per below...

If you love someone , tell him or her .
Forget about the rule or the fear of looking ridiculous .
What is truly ridiculous is ,
passing up on an opportunity to tell someone 
                                             that your heart is invested in him or her 

Wahhh..... tetiba terpampar kat kepala otak aku secara slideshow, butir2 IM aku ngn Sabir about sum'one. Pergggghhhh tell him yer..... hhmmm aku boleh berjalan dlm hutan sorank2, aku boleh naik rock climbing tinggi2, aku takder masalah kalo nak cuba freejump, buggy jumping is really one of my dream, travel backpackers pun aku rasa aku boleh buat. Tapi nak berterus terang bab hati dan perasaan ni memang tidak la.....!! Benda paling susah dalam hidup aku.  Ok ...sambung shopping..!!

Hilang Punca

Maaf atas kesibukan saya membantu tugas2 kesatria baja hitam sampai tak sedar yg raksaksa dah semakin bnyk kt bumi ni. Terlupa lak nak tukar baju menjadi otromen joe menyelamatkan manusia-manusia dimuka bumi ini..... wakakakakakaka aper aku merepek ni. Salah satu sbb aku malas blog adalah aku asyik dok sakit jer sepanjang2 minggu start raya haji aritu, termasuk la semput n sakit mata yg tak pernah terjadi lam kamus hidup aku. Dan yg paling penting sbb budget aku lari kow-kow, maka aku sempat shopping satu jer high heel baru, menyebabkan aku takder mood.... so bila takder mood, maka aku takder idea....ada paham..!!

Maka sekarang ada idea balik...sebab gaji dah masuk, maka dengan tidak semena-mena aku terbantai satu perfume EDP kat SASA dengan penuh rasa kembang kempisnya. Best gak try perfume kt SASA ni...sbb salegurl dia tak amek port pun kt kita, so feel free to serve your self, sampai abes kertas putih tu aku keje kan utk try semua perfume...wakakaka..Pas abeh kertas putih, aku sembur lak kat baju ngn tangan aku... ahahahaha.!! Sebenar nya aku nak beli Miss Dior Cherie sbb dah lama sgt suka perfume ni. Tapi tak jumpa kat cna. Tapi aku beli satu perfume ni...bau dia nak seakan sama ngn Cherie ni.... rasa sweet sgt...manis2 mcm gula2...hehe..!! So happy.... :-) Mungkin tahun depan aku nak beli perfume Britney Spears pulak.... wakakakaka azam tahun baru..!!

Kadang2 hidup ni pelik, benda yg kita taknak pikir, benda tu la yg selalu kita asyik dok pikir. Nak cerita ker tanak, nak cerita ker tak..... haish.!! Aku dah nekad tahun ni aku tanak bercinta n aku tanak terikat ngn saper2. Aku tanak serabut kepala yg dah serabut. Understand..!! Walaupun ramai orang push aku cari someone. I just like....let me calm for a while, pass experience betul2 buat aku berfikir bnyk kali. For me, if you like me, just go for it....otherwise don't waste my time. Aku tak reti nak push orang, mengurat orang pun aku tak berapa nak reti sgt.... walaupun ada bnyk kawan lelaki..!! 

So sekarang aku dah nekad nak habis kan sisa-sisa tahun 2011 dengan bnyk bershopping n bergumbira. Wah very ambitious la sangat... Nak-nak pulak sale hujung tahun, sale christmas lagi, bayar bil tlipon pun leh dapat voucer Jusco rm50. Sampai skang aku tertunggu2 bill tlipon aku tak sampai2 lagi. Tak pernah2 dlm hidup aku menunggu bill tlipon...wakakakaka.... namun, demi sepasang lagi high heel, maka aku pastikan aku dapat voucer Jusco itew... ececece..!! Maka tahun depan baru aku pasang stategy baru nak mencari cinta yg betul2 tekad, takder main2 lagi, takder nak memilih2 lagi. Dan aku akan betul2 commited... gullppp..!! PITAM.....