Friday, May 4, 2012

Ranking MIMPI

Hai semua,

Entah mimpi apa ntah, tapi tetiba jer wa mcm nak kongsi cerita kt lu orang wa punya mimpi yang sampai skang wa ingat lagi, sbb 2 buah mimpi ni adalah merupakan mimpi yg mempunyai ranking paling MERAPU dalam hidup wa, sbb kronology cerita dia sampai skang wa ingat. 
 

Cerita dia macam ni. Masa tu wa tengah berjalan2 dkt kawasan tanah yang agak lapang dan ada pokok rimbun2. Entah macam mana ntah selipar jepun cap hap seng kaler putih getah biru saiz 7 wa boleh hilang sebelah. Masa tu wa pakai t-shirt putih, kain pario and sling bag yang wa pakai secara silang (Hah!! Korang mampu mimpi sikit punya detail n particular cam aku.)Wa terjumpa sorank pakcik yang lalu kt kawasan tu, wa mengadu kt pakcik tu.

Pakcik tu mcm terkejut, dia pun bagitahu la wa, yang dia ni penjaga umah seorang artis yang keje dia suka mengumpul kasut2 dan sandle2. Wa pun cakap....Ntah2 dia ambil selipar saya tak...?? Pakcik tu pun dengan tanpa bersangsi terus ajak aku pegi umah tuan dia tu. Pakcik dia siap cakap lagi tuan dia tu muda baya wa, duduk sorank n tak kawen lagi. Wa iyakan jer, sebab wa hanya focus nak jumpa selipar jepun kesayangan wa tu jer......!!

Rumah dia kat kawasan bukit mcm lam gambo kat atas, dinding umah ni tebal mcm umah orang arab. Menjadi kan suasana dlm umah tu sejuk. Dan pasti nya sangat bnyk kasut2 yang diletak merata2 mcm show room, dan ada dua tiga pelawat yg dtg umah tu nak tgk hasil seni artis ni yg mana bahan utama dia adalah kasut ada yang sepasang n majoriti sebelah jer. Aku cari slow, tapi tak jumpa, last2 pakcik tu cakap, atas bahagian bumbung umah ada bnyk lg.

Maka secara tiba2 aku terus keluar umah pegi ker bahagian kiri umah, panjat tangga n cari selipar aku. Banyak sangat tapi tak jumpa, tgh aku dok mencari tu, tangga aku tak stabil....terus aku kedebuk jatuh ker kawasan gaung. 

OK mimpi kedua. Aku belajar kat Universiti bawah selian sorang professor yg sangat terkenal, Pastu professor tu baru amek sorank student lelaki yang sgt kacak berkarisma dan dari keluarga yang berada. Oleh kerana keperfectan mamat ni, ramai lah gadis2 student bawah selian prof yang sama minat kat dia. Aku tak minat kt dia, sbb aku tahu aku tak layak. Aku tahu aku takder chance, so aku tanak buang masa. So mamat ni sering digosipkan dgn sorang minah cun ni. Yang mana mereka sangat rapat. Dan pasti minah ni minat dia, tapi mamat ni hanya sekadar berkawan. 

Satu hari, masa aku dalam lab, aku terbaca mamat ni punya puisi sbb dia tertinggal atas meja. Mamat ni terperasan aku baca puisi dia, dia hanya tersenyum. Oleh sbb puisi dia bagus bangat. Aku pun tulis puisi bagi kat dia, suh dia baca. Dia suka puisi aku, siap cakap. Dia takder aper2 ngn minat cun tu, so jgn percaya cakap2 orang. Kebesokan harinya pas taklimat dari prof, mamat ni pas kan aku sepucuk surat, dia cakap puisi balasan dari dia. Time aku dah buka and nak baca baris yg pertama. Terus aku terjaga dari tidoooo.....sekian...!!!

Kesimpulannya: Walaupun penat berkeje, jgn tido time Asar......bnyk syaitan....!!! :-)

KL - Hat Yai - Krabi - Ao Nang PART II

Hui....lama tak bukak blog, password pun dah lupa la kan..!! Sorry lambat update blog (sambil buat muka bersalah), sebab semenjak dua menjak ni asyik takder idea ngn takder mood, nak kata takder duit, gaji baru masuk, nak kata tak shopping, baru jer perabehkan duit kat vietnam aritu. Ni memang betul2 punya tak der mood. Hokey..!! Aku ada baca pasal bombing kat Hat yai, masa ni aku still kat Saigon lagi, my officemate yg inform me, dlm hati aku just mcm hhmmm...dah agak dah..!!. Memang ....entah lah, tak tahu nak describe apa..?? Dan terpikir jugak aku, Malaysia ni pun terdiri dari pelbagai bangsa dan AGAMA, kenapa benda macam ni tak berlaku kat Malaysia..?? Why..?? And Why..?? Dan bagaimana kalo one day, this thing happen to our beloved country...??

Just satu jer nasihat aku, for those yg suka travel tu, better be carefull when visiting negara yg bergolak ni. Bukan nya apa, if anything happen to you, insurance company might not even gave a cent to you or your family. Asked your agent for further understanding. Asked them also, if anything happen to you, outside your own country, which and what number you should contact..?? I guess you have to deal and bare with this detail carefully. Expect the unexpected.

Ok sambung balik cerita pasal trip aku aritu. Ktrg naik van yang agak besar and exclusive. Ingatkan team ktrg jer naik van tu. Disumbatnya lagi sorank mat salleh dengan 3 orang gadis pengiring mat salleh tu. Total semua 15 orang, termasuk si Nuu'k, driver ktrg, menjadikan ianya 16 orang, haversack lak dia letak bertimbun2 diantara pathway yg secoet tu, menjadikan kami mcm pelarian perang kaedahnya. Si Nuu'k ni muda lagi, aku budget umur dia lam 20thn, oleh sebab dia masih muda, maka dia sangat lah bersusah payah nak memuaskan hati kami. Dan oleh sebb aku ni gatal mulut sangat cakap kat Nuu'k, can you make the journey even faster. Sbb yuholl's yuholl's semua misti tak tahu kan.... dari Hatyai nak ker Krabi, makan masa lebih kurang 4-5jam hokey...!! Boleh PITAM mak noq's...!! Maka nya si Nuu'k ni main spead tahap tak hengat la kan...!! Aku, Bally, Akim and Dol duduk seat paling belakang yg super sempit. Sampai tahap aku duduk sambil pegang plastik. Stand-by takut muntah lam van...!!

Meloya tahap org pregnent, sakit belakang, sampai skang still terasa kesan dia. Sendiri cari penyakitkan....rasakan..!! Tu la lain kali nak ge xpdc cam ni rancang betul2, jgn main bedal jer, kan dah merasa....4 jam duduk menegak, nak tido ... memang kim salam la. Dgn kadar pemanduan, spead spead break, pas spead break lagi. Memang mengucap panjang je la. Time tengah sensara lam van, tetiba aku terpikir, naper la tak naik train sampai Surat Thani jer....... dari cna nak ker KRABI, dekat la jugak. Dah dlm van yer kawan2....lagi dua jam nak sampai Ao Nang, baru nak berfikir secara logik. Memang makan selipar kalau disuarakan pd rakan2 taulan yg lain.

Dari Hatyai masuk ke daerah Phatthalung then straight to Trang, then berenti stesen mana ntah utk isi minyak, dlm masa sama leh beli minuman or makanan kt coffee house kt sebelah toilet. Kawasan hentian rehat Thai ni siap ada Surau....impress kawe'..!! Lepas tu terus ker Krabi Town yg terletak berhampiran pantai. Kaedah si Nuuk's ni macam dah sampai jer n nak ktrg semua turun. Aku pun kepelikkan....this is not Ao Nang. Terus aku jerit dari belakang van. Suh Nuuk's ni berenti depan McDonald Ao Nang. Nah hamek kau...!! Kalo ko tak penah dtg Ao Nang, tak pasal2 ko kena tipu la kan...!! Aku rasa....si Nuuk's ni pun tak berapa sure la kawasan Ao Nang, nampak gak la kaedah dia....gaya2 konfident berlakon. Mat Salleh tu pun dah bising2 dia nak berenti depan umah dia. Last skali Nuuk's pun pecut balik van dia..... setengah jam kemudian sampai lah kami di rumah Mat salleh tu. Bini dia siap tunggu depan umah dgn anjing dorank.  Maka aku buat conclution, minah 3 orang yg ikut dia tu mungkin pembantu umah dia.

Pas lalu depan masjid Ao Nang yg still under construction since tahun lepas, aku dah start rasa lega, sbb aku dah rasa sure and familiar with the place. Betul2 dia rentikan ktrg depan McD, pas dia hulur card bagai suh ktrg call dia time nak balik nnt. Dia pun belah...!! Time tu lebih kurang kul 4ptg waktu Thai. Oleh sbb ktrg send gadis2 manis duduk seat depan intertain si noq's iaitu Kak chik n Fiza, maka ktrg dpt rate yg bleh tahan murah utk balik iaitu 250 baht. ok laa tu..!! Ktrg start seperate ge survey harga yg murah....!! Konon2 team ricky la nih.... pas 10 ker 15 minute ktrg kumpul balik. Aku cuba cari backpackers lounge, sbb dulu aku penah perasan lounge tu. Tapi time survey kali ni tak jumpa, n hotel yg aku tanya majoriti nak headcount. Memang kantoi la, kalo bagi headcount...!! Abeh di mark-up nya. Pas ktrg kumpul balik and collect maklumat. Aku tak puas hati, sbb rate dia still mahal, around 450 to 600 baht per day per person. Last2 aku tarik fiza, suh teman aku ge survey. Dapat la rate yg best giler, bilik pun best giler, tiptop condition...tv, aircon, peti ais. 900 baht per room. Dapat 4 bilik utk 11 orang, kira2 900x4 bilik = 3600/11 sama dengan rm35 per head per day laa. Memang layan...~~ Me Mee Hotel..!! Nama hotel mcm sgt menyelerakan..!!

 Aku bersama Bally yg KACAK...!! Untung la muka kacak..!!

Saturday, March 31, 2012

KL - Hat Yai - Krabi - Ao Nang PART I

Hello peeps...!! 

Hmmmm.....don't know where to start as i still felt tired due to my last journey to my DREAM. Kadang-kadang aku rasa, kenapa la manusia ada impian dan keinginan, sampai tahap sanggup menyusahkan diri demi memenuhi keinginan dan impian dia. A year ago, i've went to Ao Nang, Krabi not even experience the best specialtist there....ROCKCLIMBING. And i make a wish, one day i will come to this exact place and experience the best endeavour ROCKCLIMBING myself. Yup...i just make a randomly wish. Never ever though that this will come true.......akakakakakaka.....!! Somehow.......to be honest, this is really worth taking risk for, and one of my best journey ever........and GOD bless me with good companions and buddies...!!! 

(Sblum apa2 aku just nak bagi tahu, trip ni adalah trip budget, nak spend RM300 jer, tak termasuk tiket ketapi. Ni dorank tau.....aku ni memang tak leh nak harap part2 budget ni, sampai tahap nak sweap credit card bila handbeg Jimmy Choo and Mulberry memanggil2 diriku...!!)

Ok ktrg start kumpul kt KL Central kul 8.45pm. Aku park keta kt TBS bayar RM3 per entry...sangat murah hokey banding park kat KL Central RM40 sehari..... giler mahal, kalo ada tender jaga parking KL central aku sanggup fight...!! KAYO den...!! Oleh sebb skill naik pengangkutan awam ni dah lama aku tinggalkan, makanya kompom la aku dah tersalah naik LRT, walhal kalo naik komuter...direct jer terus ker KL Sentral. 

Aku sampai tahap nak berenti mana2 stesen nak amek cab jer.....namun aku cuba pecahkan otak mikir balik mcm mana nak ge KL Sentral time zaman dolo2....makanya aku tukar train kat Masjid Jamek. Yer kawan2...jgn salah kan aku hokey. Aku dah tanya dah kat pak guide yg jaga LRT tu, train ni leh ge direct ker KL Sentral ker....laju jer dia balas "BOLEH" sambil angguk kepala. Then LRT lak dah pakai system baru, yg pakai coin tu. Bila time ko nak cepat. Kompom ko takkan perasan punya. ...... tapi lantak lah...!! Ahahhaaha.... kadang2 kalo aku tulis kisah perjalanan aku ni.....bnyk berleter dari info sebenar...!! hek..!!

Ktrg amek coach yg ada katil tu. Bayaran RM60 katil bawah and RM56 katil atas. Aku nasihatkan, jgn kedekut nak amek katil bawah...walaupun korank punya xpdc, budget tahap tak hengat. Terutama nya bg mereka2 yg jenis tido pusing cna pusing cni sebelum nak betul2 lelap. Bukannya apa, takut benda yg tak sepatutnya jatuh ker lantai, contoh spt BANTAL BUSUK.....memang humangaih...malasnya den nak turun ngambik...!! Dan macam biasa jugaklah, geng2 aku ni memang tak penahnya leh duduk diam2 atas katil, tak sampai sejam ketapi bergerak (Kul 9.30pm) ktrg dah berjaya merantau ker KANTIN, minum sambil lepak2. 

Borak2 kenang kisah lama sambil pekena milo ais, sbb masing2 dari fakulti yang sama, amek subjek REKREASI, cuma batch jer yg berbeza2, ada senior ada junior. Yang pasti semua sempoi2...tak pening kepala. Tak treat program mcm lawatan bdk sekolah. Semak rasa kalo prgrm enjoy2, layan cam pgrm lawatan sekolah..... nak ge zoo negara contohnya...!! Lepak sampai kul 12 lebih, terus balik ker katil ...TIDO. Aku ni jenis susah nak tido kalo ada kat tempat baru, walaupun dah puas cium bantal busuk. Kul 5 lebih baru terlelap. Sedar2 dah 9.30am... Dorank reramai ge lepak KANTIN sarap. Aku baru bangun, pastu kena bantai perli sbb tak gosok gigi... By that time, ketapi dah menghampiri Padang Besar. Rilex la bro, namapun backpackers.....!! Kalo baru bangun tido tuh, kompom la muka tak macam ratu cantik kan....!! Kemas2 semua barang.... angkut ge imigresen... nak cop pasport. Dorank ckp time dulu2 ...takyah angkut beg, leh tinggal jer kat coach, tapi skang dah tak leh. Dengan muka penuh mamai....aku iya kan jer lah...!!

Sementara nak tunggu kepala ketapi dari Thailand dtg collect ktrg. Ktrg lepak kt kedai makan kt level 2. Sempat aku masuk toilet..... gosok gigi sblum makan. Akakakkaa. Dari Padang Besar ker Hat yai, 2 gerabak jer dia bawak. Satu gerabak katil, satu lagi seat biasa. Tak sangka lak dah berjaya masuk Thailand, suasana dia exactly sama cam kt kedah or perlis, siap ada pokok getah sepanjang jalan. Cuma beza dia, boleh dikatakan setiap umah akan ada wat atau tokong kecil....ada yg kecil, ada yg besar kemain, walhal umah takder la besar mana pun...!! Bergantung kepada budget masing2 mungkin.

Lebih kurang sejam lebih....ktrg sampai kt gerabak 4, Hat Yai. Oleh sebab stesen dia biasa2 jer. Maka suasana agak kelakar bila ktrg nak lintas stesen ker kaunter utama, dimana ktrg kena menyelit celah pagar (yg mana orang yg pakai seluar size 24 memang senang menyelit, size >24.. lu pikir la sendiri), masuk ker gerabak ketapi thailand lintas landasan ketapi satu lagi, baru sampai kaunter..senang cakap takder flyover la. Aku yg bawak haversack ni pun kemain susah lg nak lintas, lam hati aku dah gelakkan mat-mat saleh yg bawak luggage besar almari kt umah. Dorank dah bising2 berbincang, mcm mana nak lintas. Tapi bagus la orang Thailand ni, ntah saper2 ntah, dtg dari mana ntah, terus tolong ktrg angkat haversack dari atas ketapi. Serius aku kagum. Negara dia memang biasa2 jer banding negara kita..... tapi memang dorank akan layan n respect kita mcm tetamu. Aku penah amek kursus tourist guide, memang the best hospitality in sounth east asia...is THAILAND hokey...!! Negara kita......hhhmmmmm pegi lantak ko laa.....!! Kan...kan.... betul tak apa aku cakap. Kecuali kita bg benefit kat orang tu baru dia akan tolong kita........we call this ATTITUDE...!!!

Ktrg amek tuttut ker stesen bus Hatyai bayar 20bath/2hinggit sampai lam kul 11am. Sampai hentian bus, bas nak ker Krabi dah berlepas kul 10am waktu Thai....(Malaysia cepat sejam dari Thailand). Ktrg decide sewa van, so ktrg berpecah ge survey harga, rate yg aku baca kt internet dlm 300 ker 350 bath/sorang sampai KRABI town. So ktrg survey around tu jer tapi ktrg nak sampai Ao Nang. Kalo lebih, ktrg reject, memang bnyk gak la....yg tekan sampai 380 bath. Last2 dapat harga 300 bath straight to Ao Nang....yeah....yaahhhoooo...hoyeahhh!! Kalo korank pentingkan budget lam korank punya XPDC, better survey and bit to the lowest price. Sbb apa, kalo orang tempatan...Hat Yai to Ao Nang...dorank charge 150 bath jer tau. Rate ni aku survey time sembang2 ngn penduduk area cna.... heh..!! 

- To be continue

Hmmm tak sangka lak....buat karangan blog kemain panjang berjela, time wat karangan sekolah, sampai pecah kepala cari idea......OK lah kenkwn, kalo dah ada PART I, tak tahu lah bila masa lak aku ada masa nak sambung PART II. Korank tunggu jer lah......pas aku balik dari vietnam...!! Sabor ekk...

Thursday, March 22, 2012

Weeknesses

I have a very terrible problem when it comes to the moment to pack my bag. Especially when it comes to the limit where the space is the most consuming. I'll always get hiccup for this, and end up to bring something which i might not really needed and left something or lost trace something which i needed the most.

Arrggghhhhh almost 6pm, i didn't even start packing my thing. I'm freak out....felt like wanna bring the whole wardrobe along. ah...hell....!!


“A person who never made a mistake never tried anything new.” Albert Einstein

Hat Yai

HAT YAI is the biggest city in Thailand's deep south, and a major transport axis, but travelling to or through it is not recommended because of the ongoing violence in this part of the country. Hat Yai is in Songkhla province, one of four provinces - Songkhla, Pattani, Yala and Narathiwat - that have, since 2004, seen a dramatic escalation in violence by local Islamic militants against Buddhists and moderate Muslims. Most Western governments are advising people not to travel to or through these provinces, and insurance companies won't cover travel in these areas. Foreign government travel warnings encompass the city of Hat Yai and its routes to the Malaysia border: by rail from Hat Yai (and Bangkok) to Butterworth via Padang Besar, and to Sungai Kolok; and by road from Hat Yai via Sadao.

Is this report is true n reliable..?? i'm soo gonna find out.  Or is this just a libel attack against local community. The double standard raised by the government itself so long prolong since what.????!!!....13 ...15 ...century. People soo aware of Jews in Jerusalem, Genocide of an Armenian, the Holocaust....and probably there are blind and stupid out of nowhere when trying to evaluate this DRAMATIC ESCALATION for muslim community here. If their government is soo fair, well governance, well rules, brilliant in taking an action..... I might not be HERE people. 

Duuhhh....soo emotional when it talk's about part of my origin. Sudden temper increase out of nowhere. Chow..peeps..!! Off to KRABI..!!!!

Thursday, March 15, 2012

30

Sindrom-sindrom bila umur nearly reach 30....

1. Tenaga dah tak bnyk. Cepat rasa penat, kalo dulu, mengalahkan orang yg makan pil kuda. Selagi tak cecah kul 2 atau 3 pagi ...jgn harap nak balik umah. Sekarang.....kul 6 petang dah terpacak depan pintu umah....!!

2. Dah malas nak keluar melepak, merapu meraban. Duduk umah tgk rancangan memasak lagi best. Boleh berangan makan makanan sedap2. Nak harap sendiri masak....hhmmm telur goreng masak kicap jer laaa...!!

3. Dah start minat tgk catalogue set pinggan mangkuk. Paling favorite skang ni set tupperware. Hadoi..mak mak sangat..kannnn....

4. Percakapan dah semakin matang skit. Sentap-menyentap pun dah semakin kurang. Dah leh pikir secara logik, positip n matang.....malas2 sangat, pakai prinsip...."lantak ko laa oi....".

5. Lebih suka duduk umah, kemas umah, lipat baju, sapu lantai, kemas dapur......tapi tak tahu naper umah still bersepah. I have no idea.... wakakakkakakaka

6. Dah start minat buku2 deco umah. Aleh-aleh.....balik umah...barang campak cna cni jugak.... wakakkakakakaa.....

7. Senang nak injurt. Tido malam, langgar dinding, besok bangun dahi benjol. Pakai high heel, tersalah langkah, kaki bengkak. Tido salah bantal, sakit belakang, angkat berat skit, sakit bahu. Main squash, salah tektik....terus bengkak tangan........Abeh camno. Memang sesuai aku amalkan skil number 2 kat atas...!!!!

Tuesday, March 13, 2012

Kadang-kadang aku rasa menjadi artis sahaja akan terkena gosip-gosip panas dan hina dina dan caci cerca ini. Dan sungguh tak disangka-sangka, bila aku masuk alam pekerjaan alam berpejabatan ni, acara gosip-menggosip, ini bagai seolah-olah satu lumrah dlm kehidupan manusia. Mula-mula aku buat derrkkk jer.... lama2 aku rasa cam menyemak kepala, tuhan saja yang tahu.

Pantang aku bersembang ngn lelaki, keluar makan ngn lelaki, naik satu keta ngn lelaki, hatta ntah mana2 lelaki yg dtg bilik mesyuarat depan table aku yg dtg mintak pertolongan aku suh tag pintu sbb dorank takder access nak keluar juga ..... akan dipandang pelik atau diberi pandangan ekor mata yg sinis. Pasti akan ada yg bertanya "Saper tu YAtt, Boyfriend baru ker." Nak jer aku sumpah seranah n maki hamun. Namun memikirkan kan apa yg aku buat itu akan menurunkan level keprofessional-an dlm diri aku. Maka aku hanya berdiam sambil tersenyum kecil. Dlm hati...."Hai, kecik jer budak ni aku tgk. KECIK sgt."

Sedar tak sedar. Oleh kerana terbiasa berkerja dalam lingkungan orang-orang yang bnyk mulut, suka bawak mulut, tak leh nak percaya, hipokrit, talam dua muka, suka bermuka-muka, budget dia paling bagus walhal keje paling hancur, suka cakap yg begak-begak jer, suka menunjuk2 walhal biasa jer. Maka aku menyediakan sistem imunisasi atau vaksin yg sangat berguna digunakan buat masa skang. Aku malas kawan ngn semua orang, aku memilih kawan, aku bercerita ngn orang yg betul2 aku trust sahaja. Other then that i treat people as absolute professional. Pas ni, saper nak kepoh2 hal aku memang sedas aku melezer. Ni amaran keras......

MIND YOUR OWN BUSINESS PEEPS.......

PS:- Stress, i need a vacation....warrggghhhh...**nangessss**

Sunday, March 4, 2012

TERSASUL

Petang tadi aku asyik tersasul jer. Dan tersasul yg paling merapu time lepak kt Old Town Cheras pas kenduri BODOL apabila aku mengajak geng2 aku pergi MENCANDAT BURUNG kt tioman. Memang kena bahan tahap kesatria baja hitam la kaedahnya. Macam ayat lucah pun ada jugak kan, kalo dipikir2 kan balik. Sepatutnya mencandat sotong, ya semestinya lah mencandat sotong....ade ker mencandat benda lain. 

Ya aku mengaku, konsentrasi aku agak lari bila terjumpa seseorang kt kenduri kawen tuh. Entah la aku tak tahu nak cakap aku rasa apa. Memang aku tak rasa apa. Sbb aku dah bernekad nak MOVE ON and never turn back time. Aku tak tahu mcm mana lelaki menilai atau menyelesaikan satu permasalahan, sbb tuhan kurniakan aku menjadi perempuan. Sooo... apa perempuan yng mcm aku akan buat... Once we close our door, we will locked it down, and throw the key away, away as far as 7 sea's. Hmmm.....giler nekad...!! If i found back the key, it is maybe with the will of ALLAH. Other then that.....hhmmm NOPE..i don't think so!!

I'm happy with myself now, way too happy, i know how to differentiate life and love. Fate and fake. Which my journey, and where i'm gonna end it and how i want it to be.

I know how to appreciate myself, i have a target now....without hoping or thinking or adjusting mylife to suite his. I just myself with the help and will of Allah. Hmmmm berkat pakai hijab ni memang terbukti keberkesanannya. Aku sentiasa pikir positive in everything. Even there is no other way to counter the problems. I still can think in absolute positive. Hmmmm.... hope one day i'll meet someone. Not just randomly someone, as he is the man that is my FATE....the one that i "stole" his rib....the one that i 100% sure.

Kalo besok keje shift pagi....

Yeah...macam biasa. Kalo besok aku keje shift pagi...mcm biasa jugak...aku tak leh nak tido.... EXCITED nak pegi keje. Tu bahasa paling lemah lembut yang boleh aku tafsirkan utk situasi aku ni. Mungkin sbb aku penah terlajak tidooo....sedar2 dah 7.45am, walhal masuk keje kul 7am. Maka dengan perasaan yg sangat marah tahap guling jatuh katil.... aku msg manager aku....aku MC, tarik balik comforter... sambung tido sambil gigit bantal busuk sbb geram dgn diri sendiri. Dan maka juga peristiwa yang berlaku 3 4 bulan lepas ni sangat2 menghantui diri aku, sehingga kan aku trauma tanak benda cam tu berlaku lagi.

Aku mengaku, aku ni bukan jenis yang senang jatuh sakit, sbb sakit jiwa ngn sakit hati tu tak leh digunakan dlm istilah perubatan. Makanya, aku akan guna satu jer alasan nak jumpa doctor iaitu senggugut. Dan selalunya alasan ini adalah bertepatan dgn situasi aku masa tu lah. Dan selalunya alasan tu boleh diterima pakai sekali dlm masa sebulan. Kalo sebulan guna alasan tu dua kali, misti kantoi giler2...sbb klinik panel tu memang dah ada rekod aku. 

Dan selalunya jugak aku jarang guna alasan tu, sbb aku lebih rela duduk lam opis makan counter pain eh salah makan ponstan sambil buat keje. Aku tak suka MC sbb aku akan asyik terpikir keje jer...... Aku tak suka perasaan duduk umah sambil tgk tv, tapi dok terbayangkan report tak siap, atau duduk umah tgh sidai baju, tapi dok membayangkan apa akan terjadi besok kat opis dgn muka terkerut2 (tgh bayangkan) sbb aku dah terdelete access main software user. Sambil terbayangkan muka manager aku masuk opis dlm keadaan muka huru hara, sbb aku dah terbuat salah.

Nak kata aku workaholic, sangat tidak kowt. Commited...ya mungkin. Kenapa aku tak se-commited ni masa keje kt UPM dlu...?? Kalo aku keje se-commited ni masa dlu....maybe aku dah leh main salji kt luar negara sambil stress belajar PHD........ hmmmm.....apa aku merepek ni....pegi tido la syaitan..!!

Thursday, February 16, 2012

Travel YEAR

I tell ya', i'm soo craze day by day when counting the whole adventure for my self for this year. I wish i could finish my South East Asia adventure and planning for my backpacking trip, still had not had anyone yet on my list, as most of my friend are indeed married, will find some which look suitable, but the thing is, do they have the same passion as mine. It's more like a challenge for myself, to go travel and see the world out of my comfort zone. As in Islam world itself, we are urge to travel .... had no idea where i read this. (will find the best quote for this.hehe){cheeky smile}

SAPA and FANSIPAN are soo amazing, i wish and plan it....for this year. Hope i can make it. Its a dream....wish to come true.



Next list is Manila, Mount Pulog or Apo maybe..... who knows..!! Love chocolate sooo much, as i can't leave without it..... it in a same level as i treat soy sauce in my foodchain..call it as very important list. Soo probably Chocolate Hill would be just nice for me......

No exact place when try to think on Indonesia, as most place are extremely tantalizing. Really hard to judge certain place as i wish to just go all the place. Find a great art in Bali, Borobodur, Makasar, Aceh, yup.....really no specific one. As i wish to grab all....!!

I read National Geography and tone of tone of this tribe pictures always caught my eye. Hope to see them infront of my eye......really wish..!! And its Myanmar..!!


I think, to be brilliant and excellent in life is a choice, if we chose to be brilliant we will try hard to achieve that..  as most people always gave an excuses and be average....JUST AVERAGE..!! I chose to live life to the fullest..!!What about you guy's...???

PS: Are all this list or one of them will come true. Hmmmmm...???

Wednesday, February 15, 2012

Post Emo-eMo

Bagi wa la kan.... kowt yer pun nak kata wa ni GEDIK ker apa, lu mengata jer depan2 terus kannn.... Jgn nak mengata kat belakang. Kalo wa tak tahu wa tak kesah la...... ni masalahnya wa dah tahu ni. Nak jer wa sumpah seranah maki hamun.

Wa tak kesah kalo lu orang nak kutuk wa, tapi kan....jgn time depan wa, bukan main baik lagi buat drama, semua nya bagus2 belaka, semuanya indah, semuanya syurga..... tapi belakang wa macam haram lak mengumpat mengatakan kan. Really son of bitch and talam dua muka. Thats all i can say. But then again, if you want to play the drama with me.....wow... i'm sooo good at being an actress. See who's gonna fall first. HUH Whatever...!! 

This is how my attitude, i'm just the way i am, jovial to be exact, I leave in this world once, and i deserve the best of everything, and i work hard for it.....without not even rely on others. Not worst listen to some stupid makcik-makcik talking. If you good enough, come and say it to my FACE. Got it...~~ really duh..!! And DARE u~~

Wednesday, February 8, 2012

Bungkusan dari langit

Aku selalu terpikir dan berharap agar satu hari nnt, akan ada satu bungkusan duit yg besar, jatuh dari langit, jatuh betul2 depan kaki aku. Pastu bungkusan duit berjuta-juta tu ada tag seperti kat bawah....

Pastu aku dah tanak jadi hipokrit macam time sekolah2 dlu, bila kena buat karangan apa akan anda buat bila anda terjumpa duit RM1 juta. Aku mungkin akan dermakan, tapi tak mungkin aku akan dermakan separuh, aku akan bg kat mak ayah, dan pasti aku takkan bagi separuh dari total amount. 

Ni semua hipokrit yg mana kita dididik sejak kita masuk sekolah, belajar utk menulis dan membaca, membuat karangan yg kalo korank baca balik karangan korank, haram satu pun tak betul..dusta semata, kusta tau........ Mungkin ini salah satu initiative sistem pendidikan kita nak mendidik bangsa, disamping nak mengelakkan diri kita dari di-cop tamak haloba. Aku rasa manusia skang walaupun sedaya upaya nak berselindung, ko memang takleh nak tutup sifat tamak ko tu. Percaya lah....

Yang pasti, oleh sebb aku ni dah dewasa, aku akan simpan bungkusan tu diam2 n tak bagi tahu orang, takut orang mintak, pastu takut kena list lam LHDN, bayar PTPTN pun buat potongan bulan2, kantoi lak kalo bayar lansam, aku bukan Faizal tahir oi, keta aku stick pakai keta skang ni, takyah nak menunjuk sgt, sbb nnt orang tanya2 lak mana ko dapat duit, sbb aku ni tak berapa suka nak menipu sgt..!!! I mean kadang2 jer la aku menipu, selalunya aku lurus jer berterus-terang..... 

Tapikan... kalo aku bukak bungkusan tu....ada satu juta...RUPIAH indonesia....memang WA sepak kotak tu jauh2.!!!

Mari bercucuk tanam

Baru-baru ni aku bersembang kosong ngn budak2 opis aku, pasal duit gaji yg semakin tak pernah cukup. Bukan nak cakap gaji aku sikit, bnyk kowt..double dari sblum ni!! Tapi still tak cukup nak menampung keperluan aku seorang diri....

So member2 opis aku Danny ngn Kugan kasi la idea kt aku, suh masak kat umah, leh sap budget. Aku pangkah balik dorank cakap, "Takkan nak makan telur goreng kicap ngn ikan bilis jer..... sbb skang ni barang bnyk yg dah naik, minyak, gula, bawang, kicap cap kipas udang pun dah naik tau.... ayam, ikan ngn sotong memang takyah nak cakap la".

Danny kata kalo duduk sensorang better beli lagi sap, dan aku mengangguk balik apa yg danny cakap berdasarkan kemalasan diri aku nak masuk ke dapur semenjak dua menjak ni. Sbb aku rasa, masakan aku makin tak sedap dari masa ker semasa, maka aku decide utk stop activity memasak buat seketika, kekdahnya...penah ker aku masak sedap... 

Pastu Kugan bg cadangan, "Elok2 bercucuk tanam la bleh sap, tak payah nak beli kat kedai, sayur-sayur macam kangkung, terung, cili, serai, kacang2 semua memang senang nak tanam.....serius bleh sap."

"Ha'ah....cukup dua bulan, dah leh kumpul RM300 nak bayar saman speadtrap." Kata Danny sambil ketawa tersuka-suka.....

Aku pandang Danny tanpa ada perasaan. Rasa cam nak pukul jer perut dia. TITIK.

Aku tgh bercucuk tanam......

Sunday, February 5, 2012

Edisi Pengabisan duit

Hi oll's...... Lama wa tak update sbb nak lari seketika membawa diri.... stress ngn keadaan sekeliling. Pergghhh ayat diva giler. Tapi rasa nya, sumtime bila kita rasa diri kita cannot handle anything or everything. Maybe it just a time for us to take a break sumtime and went somewhere. Sebab apa dan sebab kenapa .... biar wa je lah simpan sendiri mcm makan hati berulam jantung. Hehe...

So yuholl's, wa bukan nya nak pegi terjun jambatan atau pun pergi planet marikh mahupun planet namek (kpd peminat dragonball mereka akn paham..!!). Kaedahnya, wa balik kampung utk menenangkn FIKIRAN. Hmmm...kaedahnya tenang ker..?? Tenang part makan jer la...sbb makanan dah sentiasa tersedia kt atas meja. Tunggu amek pinggan suap makanan lam mulut jer.... dan menyebabkan wa makan bagai pelarian somalia yg tak penah jumpa makanan. 3 kali sehari.....siap tambah nasi for each rotation. Pagi dah sah2 ada makann kegemaran wa iaitu nasi lemak bungkus...ntah saper ntah yg keluar beli. Wa tahu ngap jer.........hampeh kan....ahahahah....Dan breakfast tak termasuk lam rotation 3 kali sehari tu yer......

Sebagai balasan jasa baik mak wa..... wa hadiahkan sofa L shape ngn tempat letak pinggan mangkuk kegilaan mak wa utk bulan ini, wa dah sound mak wa, jgn nak mcm2 lagi pasni wa nak simpan pulus ge Vietnam. Sepatutnya budget RM700 jer. Tapi apa kan daya, tempat ulu banat cam daerah kulim ni, leh lak menjual perabot tahap amerika syarikat mahalnya. Rasa cam nak give-up mencari ikut budget. Last2 wa swap and suh adik2 wa tambah. Pergghhh sampai tahap nak mengamok jugak la adik wa tu membebel.... wa sengihkan jer...!! Wa dah terbeli la bro..... lu tak leh nak cakap apa...!!

Oleh sbb wa ni stress, maka wa pantang nampak benda yg bleh menghappy kan wa...terutamanya massage kt spa. Nak2 lak time wa round2 cari kedai perabot, wa terjumpa spa promo SRINITA. RM38 utk massage.....then kakak tu suh wa LIKE fb dorank then leh tgk promo kt cna. Wa balik umah, bukak jer FB terus... terpampang package RM100 termasuk massage, scrub, herbal bath and collegen eyemask. Terus laju2 wa book for that, plus 20% discount kalo pakai baju pink (pinjam baju adik). 

Memang syiok..!! Saper yg tak best kalo badan dia dimanjakan dgn harga yg berpatutan. Wa bnyk kali pg massage kt spa, tapi 1st time buat scrub badan, pakai garam pulak tu, humangaih....podeh tuhan jo yg tahu. Actually bukan pedih, dia seolah2 macam pasir yg digeselkan kt kulit ko. Kasar lak garam tu, wa siap tanya kakak yg urut wa tu, "bercalar tak kulit saya." Kakak tu cakap tak, dia siap tazkirah, garam ni baik utk pengaliran darah, sepatutnya pakai garam kasar, garam skang ni dia siap dah blend lg. terus wa tahan kan jer lah.... walaupun sbonarnya nak menjerit kuat2. Deco spa ni memang cantik, sampai wa rasa cam nak curi skit idea dorank nak paste it in my room. Kellassss......!! Wa berkenan betul la ngn lampu tu dowh..

Sorry... tangkap gambo pakai kamera phone, segan nak bawak dslr, takut dicop JAKUN pulak....

Part paling best confirm la berendam lam bath tub, giler best sbb bath tub dia comel jer.... sampai tahap wa berangan kalo ada umah sendiri, wa nak beli satu bath tub ni, feeling2 omputih sekali sekala, apa salahnya. Decor bilik air dia pun cantik.... siap ada lampu hiasan, pastu ada lilin2 and kain lilit bahagian atas supaya tak nampak sgt tangki air kt atas kepala....!! Kalo tak kerana perut wa ni berkeriuk2 mintak diisi....memang lama la lagi wa berendam. Kecepush2 wa main air lam bilik air, sambil gosok badan ngn lemon, sambil nyanyi lagu suriram-ram-ram.....tapi lam hati jer lah..!! 

OTW balik, wa berenti jap kt court mammoth beli kotak simpan barang yg leh buat stool.... arga promo tinggal RM99. Sekian saja story pengabisan duit dari wa..... chow..!!

Monday, January 30, 2012

Kartun

Macam biasa la...oleh sbb besok ari isnin, wa yg terlajak excited nak ge keje ni, leh lak tak leh nak terlelap. Wa tak tahu lak zaman kecik2 lu orang macam mana, tapi zaman kecik2 wa sentiasa dipenuhi dengan cerita2 kartun yg merapu nak mampus. Mungkin lu orang semua bnyk kali khatam quran, tapi wa lebih sepuluh kali khatam komic Dragon Ball, Yuyuhakusho, Arale, Harimau laut, Pedang setiawan, Juara Bola keranjang, dan sewaktu dengan nya. 

Wa rasa kalo kumpul balik duit yg wa guna utk beli buku2 komek ngn majalah. Mungkin wa dah boleh beli ferrari merah. Tapi tak kesah lah....sbb keta ferrari yg skang ni pun terhegeh2 nak bayar insurans n roadtax, ini kan pulak kalo ada ferrari yg real.

Time wa buat blogwalk, wa terjumpa blog ni Ayam dan Babi, terus mcm orang giler wa tergelak2 tahap tergolek2. Macam siot jer...!! Lu orang leh la baca sendiri sbb wa dah kasi link. Ker memang lu orang dah tahu blog ni.... sbb wa tahu, wa ni memang selalu ketinggalan zaman skit..!! Nevermind.

Penah tak terpikir, apa kesan jangka masa panjang kalo kita dibesarkan dgn melihat cerita2 kartun yg tak menguji minda ni...?? Contohnya mcm melihat si loser Nobita yg malas buat keje skulah. Tgk giant yg suka membuli. Tgk Doraemon yg sentiasa ada jln mudah nak selesaikan masalah, tp lam masa sama create new probs... Tgk sunyo wa tak kesah sgt, memang bnyk sgt orang mcm dia yg suka nak berlagak tak tentu hala. Tgk roadrunners yg berlakon baik tapi sebenarnya jahat. Ok wa takder point nak kutuk the rugret ngn futurama, sbb tu cerita kartun fav wa...ever...!! Hmmm.... kan wa dah cakap....dua tiga hari ni, wa asyik pikir yg bukan2 jer......

PS:- wa rasa nak terbalik kan TV jer sbb cerita BOBOBOI tadi bersambung besok. Cerita kartun pun ada sambungan.....demn..!!

Hi

Hi,

Wa tak ada cerita menarik yang wa boleh belagakkan dgn lu orang... Mcm biasa bg memenuhi impian kawan2 maka wa dengan senang hatinya menjadi guide ke bukit BROGA yang entah keberapa kali nya. Wa ada bnyk alasan tanak naik seperti malas bangun awal, keje shift balik kul 2pg, kasut trak entah hilang mana, stokin tak tahu letak kat mana, malas nak bayar rm2 time parking bawah pokok kelapa sawit, guling2 atas katil time cuti adalah benda yg paling mengasyikkan tambah2 dibuat pada waktu pagi. 

 BFF-wa trekking pakai slipar jamban jer.....bagus kan.??

Namun wa ikut kan jugak, bg memenuhi impian kawan2 tersayang. Dua tiga menjak ni, wa selalu terpikir... apa akan jadi ngn hidup wa pas member2 LEP 5 ni kawen. Sbb hidup wa ni sentiasa dikelilingi oleh kawan2. Tiap2 minggu ada jer program....sbb tu la, org lain kemas bilik makan masa sehari dua.....wa kemas bilik makan masa sebulan.Entah la tak tahu kenapa..?? Tapi wa memang asyik terpikir benda yg bukan2 dua tiga menjak ni.

Lihat..!! Anjing pun malas nak naik tau....

Sambut birthday GAMX, kek ni jer yang berjaya jumpa pepagi buta ni...
Macam biasa la.... kalo buat xtvt yg mengurangkan lemak ngn wa, wa akan meracau tahap tak hengatnya sbb kelaparan. Kalo wa joging, selalunya bertahan satu round jer, sbb pastu wah dah takleh concentrate, kepala otak dok terpikir nak makan apa. Sbb tu jugak wa tak join naik gunung ngn orang yg wa tak kenal, nnt wa takut wa bertukar jadi hulkhogen, sbb timing makan wa dah on-time. Kalo member2 lama, memang dorank dah masak sgt ngn perangai wa ni. Maka wa invite kawan2 wa lepak umah wa buat parti steambot.... Sekian saja entri yg membosankan ini...!!

 Parti steambot..!!

Tuesday, January 24, 2012

Busy u'olls

Yuhol's...macam biasa la, wa nak buat ayat diva...wa busy kebelakangan ini. Ya, mcm biasa jugak wa tak tahu wa busy apa, takder la sampai tahap buat promosi album, sbb wa bukan penyanyi, tahap makcik-makcik sibuk lepak mengumpat  sblum masak tengahari pun tidak, sbb wa masih remaja lagi. Sibuk menukar lampin anak dan seterika baju suami juga tidak ya, sbb wa belum kawen. Mungkin wa sibuk kemas bilik....ya betul. Wa sibuk kemas bilik, tapi takkan la sampai seminggu kemas tak siap2.?? Taraf istana sangat ker wa punya bilik ni. Ok... wa takder alasan. Sebetulnya wa malas and takder idea. 

Yang pasti, duit yang sepatutnya wa simpan utk pegi melancong dan berjoli katak dinegara orang, telah wa hamburkan dengan kaedah menata hias wa punya bilik ni menjadikan ianya sangat menarik sampai tahap wa asyik terperap lam bilik jer. Sampaikan osmet2 wa nak tgk muka wa, dorank kena ketuk pintu bilik wa. Punya la wa happy duduk dlm bilik sampai tak keluar2. Lam masa sama wa sibuk buat art work yang ntah haper2.... kadar kesiapan nya bergantung kepala level kerajinan yg memang tak berapa nak rajin ni. 

Baru2 ni umah wardina kena masuk perompak, wa punya la takut sampai wa rasa wa jadi sangat paranoid, nak2 lak kawasan umah wa ni pun boleh tahan jugak kadar pencuri masuk umah. Serius wa takut, kalo setakat dia nak amek harta benda yg tak seberapa ni, memang wa takder hal punya, tapi kalo wa diapa2 kan, mcm mana..?? Wa punya tahap paranoid sampai tahap wa nak simpan pisau bawah bantal, in case pencuri masuk at least wa ada sumthing nak pertahankan diri wa. Wa siap sedia kan plan, in case anything happen, memang wa akan keluar melalui tingkat and panjat ge umah sebelah. Paranoid wa ngn Yanti(osmet) semakin menjadi2 bila dua tiga hari lepas, entah haper benda ntah dok berlari atas bumbung umah ktrg...rasanya kucing. So yanti suh wa tido kunci pintu. Wa yg paranoid tahap suam2 kuku ni sampai tahap takleh tido, walaupun tak tutup lampu sampai kul 4am. Bangang tak...!! Mungkin pasni wa kena bersiap sedia, contohnya tido sambil pakai seluar track, ngn tshirt.....menukar fitrah yg sokmo pakai baju tak cukup kain ni. Dlm masa sama pegang pisau multipurpose yg wa selalu guna nak ge camping yg dah berkarat skit tu....!! Kalau wa tikam penyamun tu, wa harap dia kena kancing gigi. Dan mungkin wa boleh start angkat tangan dan berdoa mintak perlindungan dari Allah......ya... wa pilih step yg last tu je lah..!! 

Tapi wa cukup terharu gila bila baca wardina cakap, time penyamun tu nak mintak emas, dia cakap dia tak ada....dia ada buku2 jer, sbb buku2 tu jer la harta dia... terus wa touching habis dowh....sbb wa pun memang takder emas permata, lagikan harta berkoyan-koyan, keta pun beli yang paling murah, yang kompom wa bleh bayar bulan2....sbb duit wa bnyk habis kat buku2 and pg travel (peerrggghhh mcm dah keliling satu dunia jer ayat).... dan mungkin jugak habis duit kat makanan, pakaian and kasut2....wakakakakkakaa....!!!

Harta wa kat dunia ni......

Artwork yang belum siap, spoil betul bubuk sbb dah berjaya buat lobang kat biji kacang tu.

Sunday, January 15, 2012

Kerja oh kerja

Aku busy dua tiga hari ni. Tak tahu busy apa...?? Ok senang cakap...malas laa...!! Malas adalah bahasa yang paling tepat. Tapi aku rajin kan jugak minggu ni buat dua perkara lam hidup aku...kemas bilik n ge jumpa bestfriend aku sbb aku rindu giler2 ngn anak dia, si Haziq. Nak harap kan anak sendiri, nak kena berhempas pulas cari bapak dia dlu.... makanya merindui anak orang lain adalah satu alternatif yg boleh diterima pakai buat masa ni. 

Aku dah berjaya kemas bilik aku and beli almari nak simpan t-shirt2 aku yg sekontena bnyk nya. Pastu ptg tadi sempat gak aku ge nilai 3 membeli karpet baru. Penyakit laju membeli aku ni, aku rasa akan menyebabkan aku akan shopping cadar baru minggu depan. Aku dapat rasa kan Chi kearah itew sbb karpet purple bulu2 ni, haram tak masuk langsung ngn cadar hijau buluh aku ni. Sakit mata lak tengok...patut la aku tak berjaya time apply interior designer masa nak masuk uni dlu...agak pelik gak citarasa aku....wakakakakka....!! 

Minggu lepas...... ada la ura-ura..... URA-URA ja...belum tentu betul. Dan aku takder la excited sgt pun. Sbb takder benda yg nak diexcited kan pun. Ada mulut2 mengatakan yg aku akan dpt satu jawatan. Aku actually biasa-biasa ja. Tapi aku agak terkesima (hmm..bukan ayat yg sesuai)..termenung seketika...yup..correct words bila sorank kawan aku cakap....**intonasion a bit synical i guess**... "Pandai mengampu bos, memang la senang naik..!!" Aku..... tak marah actually, tapi aku terpikir panjang...aku ada buat macam tu ker.?? 

Manusia ni kadang-kadang cakap memang mcm tak beradat dan beradap langsung. Kalo dia satu team ngn aku and know how we work..... then aku leh terima kalo dia nak evaluate or judge me. Tapi dia team lain, and never know how we work...hmm..!! Aku pun tension jugak ngn keje aku, aku pun bnyk masalah ngn user yg ntah haper2, laporan tiap2 bulan kena buat. Tapi aku amek benda tu sebagai cabaran, sbb semua tu akan dibayar pada nilai gaji aku. Yang akan aku guna utk kesenangan aku, makan, minum dan pakai aku. Kalo asyik dok merungut pasal keje, dowh...ko dapat gaji, kau beli makanan n jadi darah daging ko guna duit yg ko tiap2 hari dok maki dok tak puas hati, dok menyampah, menyumpah.... wa tak tahu mana pergi berkat tu dowh..!! LU PIKIR la sendiri. Masing-masing dah besar kot. 

PS:- walaupun wa cuba nak menafikan, tapi wa rasa, wa terasa ngn apa yg member opis wa tu cakap. Tak kesah la....sejak wa dah bertukar pakai tudung betul2 ni, wa dah tak kesah apa orang nak cakap. Wa tahu niat wa.... wa tahu mana pendirian wa....wa hanya mampu berusaha dan buat yg terbaik...rezeki tu nak dtg atau tidak, tu kerja Allah..... Adios people...!!

Friday, January 13, 2012

Cerita Serius: MIMPI

Korank semua percaya mimpi tak.....?? Misti tak kan...?? Ok aku ni lak, berpendirian ala-ala lalang skit biler dtg bab2 mimpi ni. Sebab nak kata aku percaya tak la jugak, nak kata tak percaya ...pun tak jugak... Sbb bnyk kali gak aku bermimpi benda2 pelik then aku amek benda tu sambil lewa, last2 benda tu jadi in my real life. Time tu baru aku gabra dog skit... Contohnya mcm aku penah mimpi adik aku terjun gaung.... aku buat derrkkk jer...!! Last2 seminggu pastu dia excident. Waarrgghhh i risau tahap kesatria baja hitam yuholls. 

Bnyk kali gak aku mimpi pasal ular, orang cakap...(orang cakap laa!!) kalo mimpi ular tu makna nya nak dapat jodoh. Namun alkisahnya, kebanyakkan aku mimpi bab2 ular ni, memang aku lari dari ular2 itew. Paling kelakar, aku penah mimpi kena patuk ular lidi, ular tu melekat kat belakang aku. Aku yang sangat bijak lagi excelent ni, suh kakak aku amek gunting, maka aku gunting dua ular tu. Sbab kaloo nak cabut, nnt sakit. HAH..!! Korank mampu buat cam aku. Kompem tak kan..... sbb tu la aku tak kawen2 lg sampai skang..!! Wakakakaka....... ahahha percaya laa sgt benda2 tahyul camtu.Masa raya haji baru2 ni pun aku mimpi ular gak. Dia masuk lam baju aku..(wah lucah sangat!!).. aku risau kena patuk sbb sakit kowt.... aku cuba raba dlm baju nak tangkap kepala ular tu. Tapi tak dapat. Maka bermastautin tetap lah ular tersebut dlm baju aku.

Sebelum aku keja kat opis aku skang ni, aku penah gak mimpi, ada bnyk labah2 nak harm aku, dan ada satu labah2 besar warna hitam gigit/patuk/bite aku. Nak dijadikan cerita...wa steady jer dowh walaupun sakit sikit..ala2 hiro industan, kena pukul, tapi still mentain macho. Maka itew lah yg berlaku kt aku skang ni, walaupun bnyk orang yg nak mengguna kan aku, atau nak buli aku.... aku just bersikap..."Kau ni kenapa?? Nak buli seorang pembuli. Memang salah kowt....dowh.!!" Wahahahaha...diva tak i..?? Kadang2 kalo aku buat tak tahu sesetengah mimpi, dia akan dtg dua atau tiga kali. Maybe nak bagi hint-hint kowt.....!! Oleh itew dibawah ini adalah konklusinya.....(ok baca kt bawah).

Aku penah baca, tapi tak ingat kat mana... bila kita tido usually badan kita akan berehat, somehow otak kita akan cuba memproses sesetengah maklumat lam kepala kita either nak delete that memory or just keep it. Thats why... kita sedar atau tidak, benda ni akan reflect dlm kepala kita and form as mimpi. But.. yes it is, memang ada sesetengah mimpi yg dtg as petunjuk. But kita tak tahu ianya dtg dari syaitan yg nak mengganggu atau dtg dari Allah. The best way is, jgn terlalu taksub sgt ngn mimpi ni, kalo mimpi tu sesuatu yg baik. Better jgn hebah kan kecuali pada orang2 yg betul2 kita trust. 

Tapi kalo mimpi benda yang tak baik..... aku amalkan utk menceritakan mimpi tu kt semua orang...hek..motip!!. Sbb nnt aku gabra or takut2...so bila aku cerita kt orang, aku share gabra aku ni ngn orang lain.... dan yg pastinya, dlm sekelip mata jugak kawan2 aku yg rock n roll, yg giler2, yg dlu2 kul 2 3 pagi tak balik2 umah lg, yg time karaoke lompat2 atas sofa n meja sampai kena sound ngn pekerja tempat karox.... akan terus bertukar menjadi Ustazah Pilihan n tazkirah aku kow2... makanya aku tersedar. So dah jadi tak takut sgt..!! Kan effective kalo buat camtu. Baik korank amalkan jugak...!!
Conclution nya....hhmmm...entah la..!! Just kalo mimpi tu pelik2 sgt, just berhati2 jer lah dlm setiap perbuatan kita. More then that...hmmm weh aku dah tak leh nak pikir. Nak lari ge toilet jap.Chow..!!

Wednesday, January 11, 2012

Kelas

Wa terbaca lam Rotikaya......

"Bekas isteri Tiger Woods, Elin Nordegren (gambar) mengambil keputusan untuk merobohkan mahligai bernilai US$12 juta beliau untuk bina sebuah mahligai baru dengan rekaan yang sama. Heh?" – IB Times


Motif....??? Adoi.... orang kalo dah sakit hati memang mcm2 dia sanggup buat. Tapi bagi wa, ko lantakkan jer kakak.... kalo ko buat mcm tu, nampak sangat la yg dia tu penting sangat dlm hidup ko kakak oi. Daripada ko buat replicate umah sama baik ko buat umah (umah ker...??) cam uncle ambani tu ..... barrruuu KKeeelllAAAsss.....

Bagi wa la, wa selalu bagi masa and peluang. Tapi kalo wa dok bersabar, si dia buat DIVA seksangat...... memang jawab nya..... Wa pkai kasut ala2 jimmy choo beli kat jusco, wa blah jer (walk away!!) .....!! Malas nak layan drama telenovela seksangat. Jalan depan kita tarik muka bagai, tapi bila duduk jauh2, sikit2 mandang kt kita. Pening kita tau....kanak-kanak sangat..!! Kita dah malas sedih2, kalo tanak kawan ngn kita, kita ge kawan ngn orang lain... huh..!!! Malas layan!! Eh..eh...ni cerita pasal Tiger Woods ker ni..??

Tuesday, January 10, 2012

AUKU ... aku...

Dua tiga hari lepas, wa punya osmet buat satu statement yang mana menyebabkan otak wa berfikir panjang, either nak mengiyakan atau menidakkan.


" Ala, ktrg dulu belajar dgn AUKU, takder masalah pun...!!"


Ya betul, memang betul statement osmet wa tu. Namun otak wa yg tak berapa nak laju sgt ram ni, kembali memikir kan logik kata2 osmet wa itew pas tgk video kt bawah ni.


Yup, its true, wa memang graduan yang lahir dengan pelbagai test2 dari kerajaan dlm sistem pendidikan negara termasuklah sistem pendidikan terbuka, penambahan subjek reka cipta dlm SPM, sistem kuota dan yg pastinya adalah AUKU. Mula2 tu wa rasa, pegi lantak lah, ko nak suh aku sain aper pun, janji aku leh belajar and dapat scroll. Pastu keje and cari duit ngn kadar berkoyan2, sambil pakai keta besar dan ada bnyk barang berjenama termasuklah kasut Jimmy Choo. Wakakakkak...wa dah melalut...!!

Ok back to the story, akhirnya wa sedar yang wa ada satu kelemahan yang sgt ketara. Wa nampak sesuatu yang salah, namun mulut wa terkunci utk bercakap, wa nampak bnyk yg tak betul, tapi wa terpaksa pendam perasaan wa, wa nak bercakap tapi wa tak tahu kenapa wa takder suara. Wa nak berdebat, tapi ayat tak pernah tersusun dengan rapi, dan point2 pun tak tentu arah halanya. Lama2 benda ni menjadi satu kebiasaan kepada diri wa, dimana kalo wa nampak benda salah atau benda yg tak baik, contohnya seperti ketidakadilan pemilihan kolej, ketidaksama rataan pemberian markah oleh pensyarah dimana yg pandai mengampu boleh dapat lebih, dengan kadar tiba2 kena membayar yuran basikal, dowh..wa basikal pun takder dowh, pehal kena bayar dowh, kena bayar yuran meal card, kena bayar yuran bas dan bermacam2 lagi benda yg tak best tak best nih..... dimana tindakan wa hanya sekadar berdebat dan maki didalam hati sambil tarik muka seposen tanda protest. Terutama kalo jumpa pakguide misai seluar ketat UPM. Yg suka tegur org pakai jeans tuh...dlm hati wa memaki, "pakcik, tolong la cari saiz seluar yg besar skit, berbulu mata sy menengoknya..!!" 

Dan kini umur wa yg dah melebihi suku abad ni wa baru sedar (wa rasa bukan wa sorank jer kowt.. so i'm not a loser kalo ramai yg sama spesies mcm wa...lalalalallala) yg wa ni masih tak pandai nak berfikir secara matang, bertindak dengan bijak, merancang dengan penuh strategy dan terancang, berfikir secara lebih meluas dan mendalam, dan paling tak berapa nak pandai public speaking. Kenapa..?? 1) kerana kami diajar utk mengingat apa yg ada dlm kertas, while in real life, there's no rules or any code hamurabi ker aper ker for you to follow. 2) Mengikut segala peraturan yg telah ditetapkan, walhal in real life, things change dramatically and sumtime u have to think smart in order to follow this life flow. 3) Bnyk melihat ketidakadilan, namun mulut terkunci utk bersuara, as we has never been train to speak for our own right.... 

Maka kini dan selamanya, menjadilah kita negara yang berhempas pulas melawan anasir komunis sampai menumpahkan darah perjuang2 bangsa.... at the end of the stories, ramai orang yg berselindung disebalik negara demokrasi tetapi mengamalkan hukum2.... berlandaskan COMMUNISM.     

Tuesday, January 3, 2012

2012 hallloooooo...

Hello PEEPS...

Its ady 2012, duhhhh....i'm gonna be 29 this year. I realise one day, i stood in front of the mirror and try to think am i represent my age....... duhhhh ..... surely am not. Wakakakakakkaa.......time's really flow soo fast, and i can't even ready to grab myself and follow the flow.....!! Harap anda semua tidak menjadi seperti saya. hehe.....

Alhamdulillah, i don't knew from where the guts is coming, it just happen and i knew it came from Allah and i feel totally at peace and calm. I ady fully covert and wear a hijab, no more on and of. Its happen 2 week ago and i felt so happy bout my new change. Every time, my friend see my new change, they just praise "alhamdullilah"..... i just smile. Because, i knew i do it because of myself as a responsibility as a moslem. And i even more strong now then before. I had a problem in life, but i see life in a very difference perspective for the past few week. All i can said....WOW.... hmmm when you are honest with Allah...he will show the way...Insyaallah. Baik lah...sampai disini sahaja slot ustazah pilihan kita utk kali ini. OK...

I still sad actually for what happen between me and one of my colleague, just i guess. Maybe this is how we gonna end up our relationship, eventhough i fell like sooo legend and kindergarten. But if this is what it should be, then just let it be. Somehow, to be honest, i was soo puzzling to see his face when he pass me by as my place is the most kakak-frontdesk place. He just acting like something un-done, un-finish or un-settle, what ever the words is. Simple words..... its like an Otromen saw the monster.....all he (i mean the otromen) want to do is ... set up his hand and fired on those poor animals aka monster. Yup, that is how his face is look like. Makin buat aku gelabah kura...dan rasa bersalah. Wahahhahhaa...at last mengaku gak aku bersalah. Ok masa utk cerita benda lain pulak..... wow i am really good at running from a problem.!! Haip.... my previous moto...if you cannot handle that problem, just runaway from that. I should change that oneday, but for now...lets stick with this moto peeps...!! Ahahahahhaha....gelak besar/jahat..!!

Hmmm..... my friend want to match making me with someone.... and i don't knew from where this idea come out. I just flip and said...

"Kenapa aku yang kena mulakan mencari lelaki dalam hidup aku, bukan aku yang hilang barang.....  yang hilang tulang rusuk tu lelaki, biar la dia yang mencari barang yang dia hilang. Sbb dia jer yang tahu mana satu barang dia."

Its good and its true is it...?? If you man enought, then speak for your own right. Hands-up if you agree with me.... Till then, have a bless new Gregorian year. May Allah bless and always love all of us..... peace y'all.