Hui....lama tak bukak blog, password pun dah lupa la kan..!! Sorry lambat update blog (sambil buat muka bersalah), sebab semenjak dua menjak ni asyik takder idea ngn takder mood, nak kata takder duit, gaji baru masuk, nak kata tak shopping, baru jer perabehkan duit kat vietnam aritu. Ni memang betul2 punya tak der mood. Hokey..!! Aku ada baca pasal bombing kat Hat yai, masa ni aku still kat Saigon lagi, my officemate yg inform me, dlm hati aku just mcm hhmmm...dah agak dah..!!. Memang ....entah lah, tak tahu nak describe apa..?? Dan terpikir jugak aku, Malaysia ni pun terdiri dari pelbagai bangsa dan AGAMA, kenapa benda macam ni tak berlaku kat Malaysia..?? Why..?? And Why..?? Dan bagaimana kalo one day, this thing happen to our beloved country...??
Just satu jer nasihat aku, for those yg suka travel tu, better be carefull when visiting negara yg bergolak ni. Bukan nya apa, if anything happen to you, insurance company might not even gave a cent to you or your family. Asked your agent for further understanding. Asked them also, if anything happen to you, outside your own country, which and what number you should contact..?? I guess you have to deal and bare with this detail carefully. Expect the unexpected.
Ok sambung balik cerita pasal trip aku aritu. Ktrg naik van yang agak besar and exclusive. Ingatkan team ktrg jer naik van tu. Disumbatnya lagi sorank mat salleh dengan 3 orang gadis pengiring mat salleh tu. Total semua 15 orang, termasuk si Nuu'k, driver ktrg, menjadikan ianya 16 orang, haversack lak dia letak bertimbun2 diantara pathway yg secoet tu, menjadikan kami mcm pelarian perang kaedahnya. Si Nuu'k ni muda lagi, aku budget umur dia lam 20thn, oleh sebab dia masih muda, maka dia sangat lah bersusah payah nak memuaskan hati kami. Dan oleh sebb aku ni gatal mulut sangat cakap kat Nuu'k, can you make the journey even faster. Sbb yuholl's yuholl's semua misti tak tahu kan.... dari Hatyai nak ker Krabi, makan masa lebih kurang 4-5jam hokey...!! Boleh PITAM mak noq's...!! Maka nya si Nuu'k ni main spead tahap tak hengat la kan...!! Aku, Bally, Akim and Dol duduk seat paling belakang yg super sempit. Sampai tahap aku duduk sambil pegang plastik. Stand-by takut muntah lam van...!!
Meloya tahap org pregnent, sakit belakang, sampai skang still terasa kesan dia. Sendiri cari penyakitkan....rasakan..!! Tu la lain kali nak ge xpdc cam ni rancang betul2, jgn main bedal jer, kan dah merasa....4 jam duduk menegak, nak tido ... memang kim salam la. Dgn kadar pemanduan, spead spead break, pas spead break lagi. Memang mengucap panjang je la. Time tengah sensara lam van, tetiba aku terpikir, naper la tak naik train sampai Surat Thani jer....... dari cna nak ker KRABI, dekat la jugak. Dah dlm van yer kawan2....lagi dua jam nak sampai Ao Nang, baru nak berfikir secara logik. Memang makan selipar kalau disuarakan pd rakan2 taulan yg lain.
Dari Hatyai masuk ke daerah Phatthalung then straight to Trang, then berenti stesen mana ntah utk isi minyak, dlm masa sama leh beli minuman or makanan kt coffee house kt sebelah toilet. Kawasan hentian rehat Thai ni siap ada Surau....impress kawe'..!! Lepas tu terus ker Krabi Town yg terletak berhampiran pantai. Kaedah si Nuuk's ni macam dah sampai jer n nak ktrg semua turun. Aku pun kepelikkan....this is not Ao Nang. Terus aku jerit dari belakang van. Suh Nuuk's ni berenti depan McDonald Ao Nang. Nah hamek kau...!! Kalo ko tak penah dtg Ao Nang, tak pasal2 ko kena tipu la kan...!! Aku rasa....si Nuuk's ni pun tak berapa sure la kawasan Ao Nang, nampak gak la kaedah dia....gaya2 konfident berlakon. Mat Salleh tu pun dah bising2 dia nak berenti depan umah dia. Last skali Nuuk's pun pecut balik van dia..... setengah jam kemudian sampai lah kami di rumah Mat salleh tu. Bini dia siap tunggu depan umah dgn anjing dorank. Maka aku buat conclution, minah 3 orang yg ikut dia tu mungkin pembantu umah dia.
Pas lalu depan masjid Ao Nang yg still under construction since tahun lepas, aku dah start rasa lega, sbb aku dah rasa sure and familiar with the place. Betul2 dia rentikan ktrg depan McD, pas dia hulur card bagai suh ktrg call dia time nak balik nnt. Dia pun belah...!! Time tu lebih kurang kul 4ptg waktu Thai. Oleh sbb ktrg send gadis2 manis duduk seat depan intertain si noq's iaitu Kak chik n Fiza, maka ktrg dpt rate yg bleh tahan murah utk balik iaitu 250 baht. ok laa tu..!! Ktrg start seperate ge survey harga yg murah....!! Konon2 team ricky la nih.... pas 10 ker 15 minute ktrg kumpul balik. Aku cuba cari backpackers lounge, sbb dulu aku penah perasan lounge tu. Tapi time survey kali ni tak jumpa, n hotel yg aku tanya majoriti nak headcount. Memang kantoi la, kalo bagi headcount...!! Abeh di mark-up nya. Pas ktrg kumpul balik and collect maklumat. Aku tak puas hati, sbb rate dia still mahal, around 450 to 600 baht per day per person. Last2 aku tarik fiza, suh teman aku ge survey. Dapat la rate yg best giler, bilik pun best giler, tiptop condition...tv, aircon, peti ais. 900 baht per room. Dapat 4 bilik utk 11 orang, kira2 900x4 bilik = 3600/11 sama dengan rm35 per head per day laa. Memang layan...~~ Me Mee Hotel..!! Nama hotel mcm sgt menyelerakan..!!
Aku bersama Bally yg KACAK...!! Untung la muka kacak..!!
No comments:
Post a Comment