Friday, May 4, 2012

Ranking MIMPI

Hai semua,

Entah mimpi apa ntah, tapi tetiba jer wa mcm nak kongsi cerita kt lu orang wa punya mimpi yang sampai skang wa ingat lagi, sbb 2 buah mimpi ni adalah merupakan mimpi yg mempunyai ranking paling MERAPU dalam hidup wa, sbb kronology cerita dia sampai skang wa ingat. 
 

Cerita dia macam ni. Masa tu wa tengah berjalan2 dkt kawasan tanah yang agak lapang dan ada pokok rimbun2. Entah macam mana ntah selipar jepun cap hap seng kaler putih getah biru saiz 7 wa boleh hilang sebelah. Masa tu wa pakai t-shirt putih, kain pario and sling bag yang wa pakai secara silang (Hah!! Korang mampu mimpi sikit punya detail n particular cam aku.)Wa terjumpa sorank pakcik yang lalu kt kawasan tu, wa mengadu kt pakcik tu.

Pakcik tu mcm terkejut, dia pun bagitahu la wa, yang dia ni penjaga umah seorang artis yang keje dia suka mengumpul kasut2 dan sandle2. Wa pun cakap....Ntah2 dia ambil selipar saya tak...?? Pakcik tu pun dengan tanpa bersangsi terus ajak aku pegi umah tuan dia tu. Pakcik dia siap cakap lagi tuan dia tu muda baya wa, duduk sorank n tak kawen lagi. Wa iyakan jer, sebab wa hanya focus nak jumpa selipar jepun kesayangan wa tu jer......!!

Rumah dia kat kawasan bukit mcm lam gambo kat atas, dinding umah ni tebal mcm umah orang arab. Menjadi kan suasana dlm umah tu sejuk. Dan pasti nya sangat bnyk kasut2 yang diletak merata2 mcm show room, dan ada dua tiga pelawat yg dtg umah tu nak tgk hasil seni artis ni yg mana bahan utama dia adalah kasut ada yang sepasang n majoriti sebelah jer. Aku cari slow, tapi tak jumpa, last2 pakcik tu cakap, atas bahagian bumbung umah ada bnyk lg.

Maka secara tiba2 aku terus keluar umah pegi ker bahagian kiri umah, panjat tangga n cari selipar aku. Banyak sangat tapi tak jumpa, tgh aku dok mencari tu, tangga aku tak stabil....terus aku kedebuk jatuh ker kawasan gaung. 

OK mimpi kedua. Aku belajar kat Universiti bawah selian sorang professor yg sangat terkenal, Pastu professor tu baru amek sorank student lelaki yang sgt kacak berkarisma dan dari keluarga yang berada. Oleh kerana keperfectan mamat ni, ramai lah gadis2 student bawah selian prof yang sama minat kat dia. Aku tak minat kt dia, sbb aku tahu aku tak layak. Aku tahu aku takder chance, so aku tanak buang masa. So mamat ni sering digosipkan dgn sorang minah cun ni. Yang mana mereka sangat rapat. Dan pasti minah ni minat dia, tapi mamat ni hanya sekadar berkawan. 

Satu hari, masa aku dalam lab, aku terbaca mamat ni punya puisi sbb dia tertinggal atas meja. Mamat ni terperasan aku baca puisi dia, dia hanya tersenyum. Oleh sbb puisi dia bagus bangat. Aku pun tulis puisi bagi kat dia, suh dia baca. Dia suka puisi aku, siap cakap. Dia takder aper2 ngn minat cun tu, so jgn percaya cakap2 orang. Kebesokan harinya pas taklimat dari prof, mamat ni pas kan aku sepucuk surat, dia cakap puisi balasan dari dia. Time aku dah buka and nak baca baris yg pertama. Terus aku terjaga dari tidoooo.....sekian...!!!

Kesimpulannya: Walaupun penat berkeje, jgn tido time Asar......bnyk syaitan....!!! :-)

No comments: