Saturday, December 24, 2011

Kisah Tok Kadi

Semakin sukar nak berkawan dengan lelaki pada masa dan saat umur dan persekitaran yang semakin penuh menekankan. Orang sekeliling sangat berusaha utk membantu aku mencari jodoh dan aku sangat berterima kasih utk itu. Sampai kadang-kadang aku rasa cam nak pakai purdah jer pegi keje dan pastinya pasni jangan harap aku nak lunch or dinner office hour with my office mate / berdua / lelaki. Ya...si dia adalah lelaki dan menyebabkan orang sekeliling bertindak seolah-olah seperti tok kadi dan saksi, supaya leh mengahwinkan kami secepat yang mungkin. Dan pastinya aku yg ntahaper2 ni akan freak out n panic attack as a normal human being and thinking what the hell you guys are doing...HELLO..!! 

Maka, jadi lah hubungan seorang lelaki dan perempuan yg dulunya leh makan bersama, leh bercerita apa saja, leh mengutuk mana2 yg terkutuk, menceritakan rahsia dengan penuh selesa tanpa perlu bimbang dan risau dimana2.... menjadi seolah-olah seperti tiang kayu bertemu tiang konkrit. Seolah-olah seperti ada tembok besar berlin dihadapan kami mahupun ada tembok besar china yang diagung-agungkan sehingga kini. Yang pastinya kamu misti tergolong dlm golongan orang bangsawan yg memakai sutera paling mahal dengan hamba abdi dan dayang2 selaut ramainya.... Aku... ya aku terima diriku sebagai si barbarian genghis khan yg buruk huduh pakai baju compang camping, dan makan daging dengan kadar yg paling tak senonoh dan selekeh.

Baiklah...sampai disini sahaja pesanan penaja dari aku. Mungkin aku perlu meminta maaf, walaupun aku sendiri tak tahu apa salah aku.... Sayang rasanya persahabatan yg baik, tapi sering disalah ertikan. Aku mengaku, aku sangat selesa berkawan dengan dia..... hanya itu. HANYA KAWAN.

No comments: