Hmmmm.... malam semalam aku dikidnap oleh warga LEP 5. Sehari suntuk duduk bertapa kat MINES shoppping mall, walhal niat asal nak ngajak dorank lunch jer, pastu nak balik umah nak amek baju kt dobi yg diantar minggu lepas for dry clean, pastu nak vacum n tukar susun atur lam bilik..... Dorank ada gak bagi hint dorank nak beli phone, aku budget paling bertapa sgt pun, kul 5 misti dah ada kat umah. Hmmm harapan belaka. Korank paham2 la kalo pegi shopping dgn lelaki2 yg baru dapat bonus ni memang hazab jawabnya. Aleh2 kul 12.30am baru sampai umah pas balik dari makan kat cawangan MURNI kat bukit jalil.
Apa lagi tido memang gaya PITAM habis. Tak sedar diri, sampai la mimpi kena kejar ngan penjahat 3 orang, semua bangsa cina. Mula2 dorank kurung aku ngn adik aku dlm satu umah, pastu besok pepagi buta, aku terbangun awal, penjahat2 yg lain semua tak bangun lagi. Terus aku kejutkan adik aku, ktrg bukak pintu umah tu, terus lari bagai orang meroyan nak melepaskan diri, adik aku lari paling slow, sampai bakal nak kena tangkap, dlm dok lari2 ni aku sempat lagi toleh belakang, dlm hati dok marah adik aku, apsal la ko lari lembap sgt disaat-saat genting mcm ni. Last2 terbangun tido kul 5.30am, jantung berdegup mcm haper jer..?? Penat berlari dowh plus emo-emo ngn adik sendiri..!!
Tersedar jer dari mimpi tu, terus aku berniat NAK BERUBAH, berubah pakai tudung dgn lebih ikhlas, tanpa on and off lagi. Giler tak..?? Ada kaitan tak kejadian mimpi tu dengan hasil selepas mimpi tu. Giler kan...?? Tapi memang tu jer yg terkeluar lam kepala otak aku pas aku tersedar dari mimpi. Aku tanak coment lebih, sbb aku sampai skang pun masih tercari-cari faktor2 utk berubah kearah itu. Sesetengah orang niat nak berubah pas dorank nak sgt sesuatu dan tuhan makbulkan, mcm jodoh for example or maybe dpt keje yg dorank idam2 kan or dapat naik gaji ker..?? Tapi aku taknak berubah sbb nak kan sesuatu. Biar la aku berubah ikhlas dari dlm diri aku sendiri kerana Allah and i know which level i stayed and my capability. Moga pilihan ni terbaik utk aku kerana diri aku dan tanggungjawab aku tanpa perlu menghiraukan tanggapan orang lain terhadap aku. Amin.
Pas lama terpikir baru aku sedar, semalam time nak beli Galaxy note utk Peah (seorang lelaki w/pun nama kaedah pompuan hokey..!!), ada 3 lelaki cina, memang dia nak pow peah kow2. Aku yg mempunya rekod pembeli phone paling kerap ni tahu le selok belok kaedah nak beli phone ni. Pegi la servey kedai sebelah menyebelah. Sbb cina tu nak jual cassing kt peah dengan harga rm250, walhal kedai sebelah jual rm180 jer. Pastu dia nak amek memory card 8gig then dia bagi memory 16gig tapi kena tambah bayar rm150.....tak ker giler..?? Walhal memory card tu harga dia rm180. Aku lah tukang menyocok peah cakap kedai cna murah, kedai ctu murah, kedai cinun murah. Yang pasti muka lelaki cina tu memang tahap nak lempang aku kuat2... Maka disitu lah dtg lelaki-lelaki cina dlm mimpi aku itew. SEKIAN.
PS:- Dah lama tak buat skill Shalin Zulkifli time main bowling memang sakit tulang pinggul aku sampai skang.
No comments:
Post a Comment