Friday, September 30, 2011

Kelab Jiwa Kacau

Kelab ni merupakan salah satu kelab bawah tanah yg aku berjaya menjadi ahli dan memegang jawatan timbalan presiden. Kelab ni mempunyai keahlian yg terdiri daripada mereka2 yg sangat2 mempunyai bnyk masalah dalam hidup, tak tentu arah, tak reti nak settle masalah, tak tahu kat mana punca masalah, kurang kasih sayang, dan sebagainya, pokoknya jiwa sentiasa kacau. Maka setiap kali perjumpaan, memang masalah jer yg ktrg cerita...wakakakkakakaka. Oleh kerana kelab ni category bawah tanah, maka ahli2 nya juga memang tak pernah di war2 kan atau di hebah kan kepada mana2 media hatta kepada jiran sebelah umah sekali pun. Bukan setakat ahli, malah pemerhati bebas atau penasihat kelab juga tak pernah di hebahkan senarai2nya. Nak menjadi ahli kelab juga perlu saringan yg sangat ketat. Time perjumpaan kalo dia cerita stori dia dan dikelas kan sebagai masalah boleh settle....maka keahliannya akan direject serta merta. Dia leh cuba stori cerita lain yg lebih jiwa kacau for next meeting. Dan pastikan time nak bercerita tu buat muka sehabis bnyk masalah. Sehabis runsing laaaa.... kalo nak trill kasi mata berair skit... compem leh masuk kelab ktrg. Saat perjumpaan atau meeting adalah yg paling best, sebab dapat meluahkan segala masalah yg terbuku dan terpaku kat jiwa. Selalunya sesi luahan rasa ni diberi keutamaan kepada ahli kelab, selalunya presiden yg akan conquer session ni.... dan tugas2 penasihat dan pemerhati bebas adalah utk memberi nasihat dan kadang2 boleh mentertawakan stori2 tersebut. Oleh sebab nama kelab ni jiwa kacau, maka kami mengambil satu initiative yg berbeza bila dtg bab perjumpaan supaya tak nampak sgt jiwa kami ni tengah kacau. Kami start pegi tempat2 yg menarik dan makan makanan yg best2 yg kadang2 tak pernah makan atau tak pernah buat sekalipun. XTVT2 yg kami rancang juga semua yg grand2 yg nampak best dan memang best supaya leh minimakan rasa jiwa kacau kami ni. Dan pastinya orang luar sangat susah nak join xtvt kami because it is upon invitation only. Namun, semakin hari, waktu seperti bnyk membantu dari segi kelancaran hidup masing2 menyebabkan ramai ahli dah semakin kurang jiwa kacaunya........sehingga menyebabkan kelab ni tinggal satu jer ahli yg setia...... TAMMAT

2 comments:

Oasis said...

Hah?Tinggal seorang jer? Lorr baru nak join kelab tu. Sbb nampak cam menarik jer..

Anonymous said...

yg tinggal sorg 2 lu lah yea yat...haahaa..mmg kacau la lu nih..