Sunday, December 18, 2011

N.U.M.B

At a lunch meeting..!!

Friend: Did you know one of the richest man in the world??
Me: Who else..??
Friend: Robert Kiyosaki....
Me: Impressing...!! How could a person invent a computer anti-virus and make a lot of money..
Friend:  **speechless**

At Home. I dig all my book rack and found this book, and have a bless of the rest of the night reading this book and counting my idiotism. 

Monday, December 12, 2011

Kisah Lelaki itu dan Perempuan ini

Walaupun aku cuba berlagak cool, tapi hakikatnya memang jiwa aku berada dlm keadaan sangat porak peranda dan agak jiwa kacau dengan aper yg telah seseorang lakukan pada hati aku. Dan menjadikan ianya bagai remuk, berkecai dan apa-apa lah ayat yg menggambarkan frust-frust ni. Kat mana nak mulakan aku pun tak tahu, tapi aku tetap nak buat entry ni jugak supaya, pasni aku akan move-on dengan hidup aku dan tanam hidup2 perasaan aku kt dia. Dengan nekad tak nak gali lagi perasaan tu dan pegi lantak ko laaa....

Bahasa memang agak mcm kurang diajar, tapi memang aku dah tak boleh berpura-pura nak buat mcm benda ni takder aper2 yang pasti hakikatnya memang menyakitkan hati. Aku juga semakin rimas, bila kawan2 start buat muka, mata bulat seolah-olah nak korek rahsia, ataupun start pasang telinga luas2 mengharap kan aku membuka mulut utk menceritakan tentang status aku ngn dia, arakian pula, bila aku cuba keluar ngn lelaki lain, maka ramai yg hanya memandang sinis sambil mulut mereka mengatakan..."Tu skandal dia jer tu." Sejak bila aku jadi artis sampai nak pasang skandal2 ni pun aku pun tak tahu la.

The truth is, aku cuba berkawan ngn seseorng for about a year, and it didn't work out as it should be since the last aidulfitr, and i've been left alone like there's nothing ever happen between us. Mungkin lelaki akan rasa happy kalo leh mempermain-main kan perasaan perempuan. I hope you happy for what you did. Yeah...really wish..(Gaya mcm muka GI-Jane tengah pegang machine gun yg ada bnyk magezine, senang nak tembak merata-rata..!! Tak pandai pakai machine gun pun still leh mencedera kan mangsa sbb chance nak kena peluru sesat tu memang tinggi).... reeeeaaallllyyy wish you happy ok...!! SANGAT..sambil buat muka kemut!! Ikhlas ni...sambil ketap gigi.. ngn mengasah penumbuk.

Aku rasa, sebagai manusia yg boleh dikategori kan sebagai matang, selayaknya menjadi seorang yg jujur ngn perasaan sendiri, aku tak pernah paksa orang suka aku, dari awal hubungan lagi aku dah berterus terang n siap cakap kalo you ada pompuan lain, atau suka kat orang lain just bagi tahu, aku tak kesah, i will step aside. Thats it..!! Aku bukan jenis ... ko tak nak kat aku, settle ko..!! Aku terjun jambatan, aku siap tulis nama ko atas jambatan, ko orang last aku call, pastu aku conteng gambo ko bnyk2 aku sepah merata2.... supaya kes ni boleh disiasat polis sebagai kes prima faccis..... wakakakaka kelas plan i..!! Tapi tak mungkin aku akan buat mcm tu. Sebab aku ni bnyk maruah, dan bnyk ego jugak.!!

PS:- Mungkin pasni aku kena start mandi 7 jenis bunga lagi sekali, tapi this time aku nak cuba pakai bunga raflesia pulak. Tgk aper effect dia. SEKIAN. Saper2 berani tanya lagi kes aku ngn dia, aku silambam org tuh...PAHAM..!!

Sunday, December 11, 2011

^O_oo_O^

Hi All,

Tak sangka lak, usia yg semakin remaja ni menyebabkan hujung minggu bagaikan hari yg dipenuhkan dengan menyapu sampah, melipat baju, basuh baju, jemur cadar n bantal, membeli barang2 dapur dan memasak. Kaedah dah mcm kerje pembantu umah. Abeh camno, kawan2 den semuo dah kawen, ada kursus laaa, sambung belajar luar negera la, kerja jauh laa dan etc. etc..... den sorank jo yg tak sodar diri, tak kawen2 lagi. Ok kita lupa kan edisi hemo2..... lets check aper yg aku dah berjaya lakukan minggu ni utk mengisi masa lapang aku. 

Taaaarrrraaaa...... sepatutnya ge giant ge beli tudung baru sbb nak ge kenduri kawen besok, tapi ntah haper2 lg yg aku beli, mcm biasa la...selalunya kalo bawak list senarai barang yg nak dibeli, hanya satu dua jer...... tapi yg dibeli kompom bnyk yg takder lam senarai.
Taaarrrrraaaa..... yg real.......

 Yeah.....origami.....

  
Ni antara baju2 yg telah berjaya i design OK. Yg kaler orange tu rama-rama edisi I, sooo sila jgn pertikaikan kalo tak serupa mcm mnatang tu.

 Last but not less....... heartless.... :-)

PS:- Pasti kan anda seorang yg penyabar kalo nak mencuba apa yg saya buat diatas ini. Bukan aper.. takut tercekik makan bnyk sgt kertas. TATA...

Friday, December 9, 2011

Hikayat Cendawan Putih, Besar-Besar

Zaman sekolah amat memberi kesan yg sgt mendalam dlm diri kita. Kepandaian dan keterroran seorang kanak-kanak itew boleh dikesan semenjak kanak-kanak itu berada disekolah rendah dan menengah..... Namun utk aku pula, ada satu bakat yg sangat terserlah dlm diri aku, dimana aku sendiri berusaha keras, namun still tak pandai2..... iaitu bakat...tak pandai dlm bahasa. Ianya merangkumi bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa arad, .... bahasa uganda, bahasa eskimo, bahasa nepal...dan seangkatan dengan nya. Oleh sebab kt Mlesia...silibus dia tak mengajar bahasa uganda eskimo nepal and the rest, maka aku akan kecik kan skop aku kepada bahasa malaysia sahaja.

Aku tidak cakap aku benci bahasa ibunda, waima bahasa inggeris aku sendiri pun tak berapa nak bagus nahunya. Cuma aku tak pandai bahasa..... malah aku ingat lagi masa zaman sekolah menengah, aku leh skor 100% geography ngn math tapi sangkut sebab Bm aku dapat 69. Awas yer, jika kita belajar di sekolah budak2 pandai, kadang2 takdir terpaksa mencari seorang mangsa yg tidak berapa nak pandai, dan mangsa itu adalah aku. Malah aku ingat lagi masa time cikgu nak bagi kertas jawapan peksa. Dia menggelengkan kepala sambil menyebut nama aku. Selepas aku memegang kertas dan dpt melihat markahnya. Dengan cepat aku melipat kertas jawapan aku supaya kawan2 yg kepoh tak leh nak skodeng skor aku. Mungkin kerana time math cikgu dah berkepol2 puji aku sampai hidung aku setalam kembangnya. Maka mereka mahu melihat kali ini berapa talam pulak hidung aku akan kembang. Namun cikgu nazmah yg mengajar aku pada masa itu sempat memberi mandat yg sehingga sekarang aku masih ingat. "Mcm mana kamu boleh dapat 69 (PS; markah second rendah), Jennifer pun boleh dapat 98 tau." Cikgu menggeleng sambil kecewa, aku melangkah dgn lebih kecewa atau bahasa timur tengah panggil LOSER. Oppsss lupa lak nak cerita pasal Jennifer, dia ni cantik anak kacukan India ngn China, dan entah gen aper yg masuk lam badan dia, sebab dia ni semedang jer dpt 100 atau >95 utk semua subjek. Walaupun sebenarnya aku benci dia, tapi sebab dia ni baik, maka aku terpaksa biasa2 jer ngn dia. 

Seperti aper yg aku ulaskan sebelum-sebelum ni, kosa kata, kata predikat, kata adjetif dan sebagainya adalah sesuatu yg sangat pelik pada pemikiran kepala otak aku seolah-olah seperti son-goku masa kecik2, dia takleh beza mana satu pompuan atau lelaki. Sampai akhirnya dia mendapat konklusion orang pompuan berbeza ngn orang lelaki sbb orang pompuan ada bontot kat depan. Ok Kelemahan aku pastinya lah part paper Pemahaman Bahasa Melayu. Paper objective sbb pastu kena jawab pilihan A B C D, sbb selalunya apa yg aku paham bnyk yg tak ada dlm option. Kalo aku untung dapat la jawapan D atau E...bukan semua jawapan diatas....atau semua jawapan diatas.

Kaedah blur2, tak berapa pandai bahasa ini terbawak2 sehingga lah aku menjadi semakin dewasa dan melangkaui umur suku abad...dimana aku agak blur bila orang start menggunakan bahasa predikat kata seerti terutamanya bahasa kiasan kat aku. Hatta pula aku ni tak dilahirkan zaman Malim deman nak ngurat puteri bunian, Merong mahawangsa nak jajah kedah, mahupun zaman Zainoddin terkejut tgk Haryati pakai kebaya ketat lam buku Tenggelamnya Kapal Van der Wick. Realitynya aku hidup zaman dimana facebook tempat org memaki hamun atau meluahkan perasaan dan friendster dah semakin tak famous.

Oleh itew, di harap anda-anda yg berada diluar sana, sila lah bercakap secara lebih berterus terang tanpa ada bahasa-bahasa kiasan kerana aku tak akan faham aper yg anda cuba sampaikan. Bagi aku maksud "Bagus lah!!" sama maksud mcm .... wow terrornya kau, excelent ..amalkan selalu, atau ...va..va...syabas beta' (Sambil tepuk bahu gaya pelakun hindustan). Walaupun sebenarnya ucapan anda itu menyebabkan saya ditinggal ter kulat2...mcm kulat yg putih, besar2..tapi tumbuh atas taik lembu. Ya...mcm kulat tu lah sy terkulat2. Dan semestinya...PS i'm not Jennifer....AWAS ya..!!

Thursday, December 8, 2011

AirAsia Awesome is coming peeps..!!

I try to impress you guys with my drawing skill while waiting for airasia to load my booking..... isn't it like picasso. I'm soo proud with my self. Can't ever imagine i'm being an artist. So full of indescribable art.... full of story, full of passion. Ok peeps...need to go to sleep!! Alway wish my dad is a richman, having his daughter her personal jet.!!


PS:-Timah i cannot wait any longer..... nak tidoq dlu..!! Besok lu settle jer la...!!
   

Sunday, December 4, 2011

Punca dah tak hilang...

Borink punya pasal, aku bukak2 la blog sesaper jer just nak baca2....and then kat nuffnang punya side flower tu ada terpaste satu blog and entry dia as per below...

If you love someone , tell him or her .
Forget about the rule or the fear of looking ridiculous .
What is truly ridiculous is ,
passing up on an opportunity to tell someone 
                                             that your heart is invested in him or her 

Wahhh..... tetiba terpampar kat kepala otak aku secara slideshow, butir2 IM aku ngn Sabir about sum'one. Pergggghhhh tell him yer..... hhmmm aku boleh berjalan dlm hutan sorank2, aku boleh naik rock climbing tinggi2, aku takder masalah kalo nak cuba freejump, buggy jumping is really one of my dream, travel backpackers pun aku rasa aku boleh buat. Tapi nak berterus terang bab hati dan perasaan ni memang tidak la.....!! Benda paling susah dalam hidup aku.  Ok ...sambung shopping..!!