Semalam pas teman CT shopping kt alamanda, aku ngan ida terus gerak ge downtown cheras, masa tu lam area kul 11.00malam. Ida teringin nk ge situ sebab tak pernah pg, aku dah biasa sgt..... nak2 lak N duduk kat Taman Shamelin, memang asyik dok ulang-alik area ctu jer. Malam tu hujan so aku budget misti tak ramai org then barang sure leh dapat ngan harga murah. Rupa2nya aku salah, hujan kat area serdang ngan bangi jer, kat cheras tak der lah hujan seksgt. Org memang ramai gler, susah gler nak parking sampai aku dah pikir nak wat 4wheel dah viva aku tu. Sampai jer kat trafic light depan downtown aku suruh ida bawak keta, sebab aku tak pandai sgt parking sisi.......ngah pusing2 tetiba zzaaapppp nampak parking.......zasss ktrg masuk. hehe selamat.
Pas pusing2, nak beli tshirt rm10 tapi takder yg berkenan, last2 jumpa pakcik jual novel. Cari punya cari jumpa AYAT-AYAT CINTA, harga rm20.00. Tgk duit lam wallet ada rm27. Hmmm minyak keta dah berkedip2, duit GRF tak masuk lg. Tapi aku nekad nak beli gak novel ni. Sama cam nekad aku nak ge tgk citer SLUMDOG MILLIONAIRE sensorg pun takper. Pas aku beli ida bisik kat aku suruh tanya pakcik tu buku PERMATA YANG HILANG ada tak? aku yang jujur ni terus ge tanya pakcik buku permata yang hilang ada tak, dengan suara yang agak rendah dan rasa aku hanya pakcik tu ngan aku jer dengar. Pakcik tu senyum sambil mengira duit ballance yg nak kasi kt org lain, dia cakap.... buku tu dah di'ban' yer dik...... aku blur apsal lak nak kena ban. Sebab buku tu banyak ada gambar2 yang agak lucah..... aku kerut kening wat muka blur. Pakcik tu mcm nk ketawa tapi dia tahan. Buku tu untuk org2 yang nak kahwin dia ceritakan pasal malam pertama. Ok terima kaseh pakcik. Aku belah ngan muka yg sgt malu. Mana la aku tahu buku tu untuk benda tu. Siap ko ida!!!!!
Well, kembali kpd ayat2 cinta, setakat ni aku baru baca sampai muka surat 165........ hmmm memang hasil penulisan sastera yang sangat hebat, absolutely brilliant, bahasa dia sangat simple tapi halus dan mudah menusuk dalam hati, kita membaca seolah2 kita yang menjadi fahri, subhanallah....... i don't know what to say. Aku pernah baca hasil tulisan HAMKA, tenggelamnya kapal van der wich, aku baca tulisan ARENAWATI, sudara............. and AYAT-AYAT CINTA adalah sesuatu yang sgt mengasyikkan, ia mengajar kita dan dalam masa yang sama memberi pengajaran kepada kita dalam sebuah buku yang berbentuk novel. Mengajar kita untuk menjadi manusia@ th best word INSAN yang dicintai dan menyintai. Hmmmm....... k nak sambung membaca lagi. Wah banyak betul buku2 yang menarik untuk aku baca tapi buku TOUCHING THE VOID from Joe Simpson tu kena hold dulu sebab nak kasi priority to Ayat-ayat cinta. Wow!! I guess gaji yang aku dapat dari LUFTI nanti, maybe i will spend for my car and OF COZ buy another books for these month collection. Cool.......... i cannot wait for that money nak pg ATRIA, Sri Damansara. Yee haaa.
Reading books really release every tense in my head. I felt totally free. tapi sesungguhnya aku memang seorg yg sangat tamak dalam membaca. Banyak sgt buku dan journal yang nak dibaca tapi i usually had no time for each off these book.....because i'm a slow reader..... i take time to digest each words, yup i'm a dislexia thou.
No comments:
Post a Comment