Monday, May 10, 2010

Ceritera Seorg SWEEPER

Mungkin ramai antara anda akan salah anggap maksud sweeper yang sy nyatakan kat atas nih. Sweeper kalo di alihkan ker bahasa melayu akan bermaksud orang yang menyapu... dalam istilah Mendaki Gunung pulak Sweeper adalah orang yang duduk paling belakang, normally orang nih antara yang berpengalaman dan dah biasa ngn trek tersebut supaya kalo dorank terlalu jauh tertinggal kebelakang dorank still tahu trek mana nak amek, yg pasti mereka2 ini adalah orang yang TERSANGAT la penyabar kaedahnya, misti pandai lam selok-belok rawatan kecemasan dan urut mengurut hatta bab2 pembomohan nih pun dorank kena tahu skit2 (Muakakaka... ada kaaa..??).....

Ok back to the story.....Pendek kata tugas sweeper nih akan menyapu habis semua orang yg join satu2 XPDC tuh clear licin e'lek (bahasa india) sampai takder langsung sesapa tertinggal dibelakang. Bukan calang2 orang yang mampu menjadi sweeper ini dengan baik... kerana kesabaran memainkan peranan yg sangat penting. Ada org cakap kat aku yg sebenarnya tulang belakang sesuatu XPDC ini adalah Sweeper, aku pun tak sure betul ker tak..!! Sbb normally kalo sampai mana2 puncak gunung mereka2 ini akan sentiasa mengira sapa yg sampai dulu, then saper yg number dua jejak kat puncak seterusnya dan seterusnya. Namun yang bestnya saper yg jadi sweeper nih tak pernah disalahkan kerana dorank sampai paling last.... heh...heh...heh....!!!

Ada orang yg berpengalaman dlm rekreasi pernah bgtahu aku yang Kita boleh belajar atau mengetahui sikap seseorang bila kita masuk hutan @ naik gunung dengan orang tersebut.... They will showed their true colour... ting..!! Well for me... ala ini kan negara demokrasi, lantak dia la nak tunjuk saper diri dia, kalo dia superman sekalipun takder nya aku nak heran...!! Dia bayar cukai jugak maaa.... !! Sesungguhnya bukan semua manusia itu perfect, dan semestinya takder satu pun manusia yang perfect....!! Terima kelebihan dan kekurangan diri masing2 dan diri orang lain adalah sesuatu yang lebih baik.

Ramai manusia akan berlumba2 untuk menjadi orang yang pertama. Namun ada manusia yag masih boleh menghormati impian orang lain yang lemah lalu mencapai tangan orang tersebut apabila dia tersungkur, memimpin bahu orang tersebut bila dia tidak mampu berjalan, memberi kata perangsang kepada mereka seperti "puncak tersebut tak kan ke mana...", "jalan lah ikut kemampuan diri anda, kami akan sentiasa bersama anda"  disamping menghayun langkah seirama dengan orang2 yang lemah tersebut. Kerana mereka juga mempunyai IMPIAN dan HAK utk berada dipuncak.... sama seperti manusia atau rakan2 yang lain. Dan tak ramai orang yang boleh menghormati hak mereka itu...!!

Aku suka menjadi Sweeper dalam mana2 XPDC. Sbb yg pertama aku tak pernah nak Keep myself fit, dan selalunya main belasah jer naik gunung tanpa exercise yang kedua sbb tak ramai yg volunteer nak jadi sweeper nih.!! So aku akan sentiasa berjalan slow and steady, namun kadang-kadang takder la steady sangat..!! Sbb nak ikut rentak orang yg sakit nih kadang2 boleh buat diri kita sendiri sakit. Stamina setiap orang agak berbeza, maka menjaga step dan stamina diri kita jugak amat penting.... takder lah naik gunung 2 3 hari orang lain turun berat badan tapi kita bleh naik sampai 2 ker 3 kilo.... dek kerana asyik berenti makan berenti makan jer keje nya...!!

Bagi aku bukan nama yang aku kejar...pengalaman itu lagi bermakna dan lebih berharga dr segalanya!! Sebab kalo mereka dah berjaya mendaki sesuatu gunung itu 7 atau 8 kali .... sepatutnya mereka berpandangan lebih jauh... melihat orang2 yang pernah mendaki everest bukn hanya sekali, mendaki kilimanjaro mungkin, mount fuji, anapurna atau mana2 gunung didunia yang lebih tinggi. Jangan terlalu berbangga dan mendabik dada dengan sekadar menjadi JAGUH KAMPUNG...!!! Pikir2 kan lah....!!


Luahan Hati Seorang Sweeper,
Yatt....

No comments: