Pagi tadi aku dengar radio menyatakan yang kerajaan kita akan menaikkan harga gula, memandangkan rakyat Malaysia antara purata yang makan gula paling banyak iaitu 26sudu seorang/day. Mak aih..!! mana ada bnyk sampai mcam tuh... minum milo 2 sudu kecik gula, makan nestum td tabur satu sudu kecik gula, nasi lemak tepi masjid dia pakai gula merah... manis dia humangaih...!! Hmm pegi kay ef che... hehe air coke....hehehe...TETTT.... memang tepat lah purata gula tersebut...!!!
Maka sehubungan dengan saranan dari Kelab Pengguna Pulau Pinang, maka kerajaan akan berbesar hati untuk memotong subsidi gula yang selama ini kerajaan berbesar hati nak bagi kat rakyat. Tambahan pula harga gula RM1.61 sekilo yg dijual dinegara kita ini amat lah rendah berbanding harga yang dijual di Singapura ~RM3.60/kg, Indonesia ~RM2.20/kg, Philiphina ~RM2.40/kg dan Thailand RM2.60/kg. Maka kenaikan harga gula tersebut masih boleh dikatogeri kan sebagai taraf bertimbang rasa.
Maka, berkemungkinan situasi ini akan berlaku:-
1. Harga makanan di kedai mamak, kedai ane and kedai macha akan naik selipat kali ganda lagi bagi menampung jumlah2 perkadaran gula dari semasa ke semasa.
2. Kuih-kuih rakyat malaysia yang menggunakan gula perlu dicari alterntif lain kpd cara penghasilannya. Contohnya menyalut donat dengan tepung, tak pun donat dijual dengan harga lain... kalo nak tabur gula kena tambah duit.....
3. Industri kepak ayam madu mungkin tidak akan terganggu sebab menggunakan madu, namun diluar kesedaran kita, gula masih digunakan kerana harga madu lagi mahal dari gula, so pasni berkemungkinan kita akan menukar menu iaitu kepak anak ayam madu .... dimana kepak2 ayam tersebut menjadi semakin kecil....
4. Pas nih saper yang songlap aku punya gula atas meja pasti akan kena backhand atau smackdown, memikirkan kegawatan ekonomi dalam negara ditambah kegawatan ekonomi dalam diri aku sendiri.
PS1:- Jangan la naik bnyk sangat, naik 2 / 3 puluh sen sudah la... cian mak bapak sy yng menjd penyumbang utama dalam ekonomi gula negara.
PS2:- Besok naik broga K.Ezi suh bawak gula...leh buat teh panas, kat umah dia gula dah habis...!! hehe
PS2:- Besok naik broga K.Ezi suh bawak gula...leh buat teh panas, kat umah dia gula dah habis...!! hehe
No comments:
Post a Comment