Monday, December 28, 2015

Selamat Akhir Tahun 2015 kenkawan

Hah...org semua sibuk nk wish happy new year...aku sibuk nak wish happy end year...ko hado. Tak banyak sangat benda menarik yg berlaku dlm hidup aku lately......benda yang tak menarik, banyak giler berlaku. Pertama aku tak kawen lagi, kedua aku kena buang keje la pulak...hehe mcm kasar jer bunyi nye.... sbnornya contract aku dipendekkan...sbb ada masalah ngn Oil & Gas company sbb harga minyak jatuh, so aku antara salah sorang mangsa nya lah.....tapi aku ok2 jer....memang aku rancang nak cari keje lain pun sbnornya tapi sbb malas nk pg teview aku tangguh2 kan sbb tak rasa desperate sgt....dh alang2 kena buang ni, baru la aku berhempas pulas sikit mencari keje. 

Ketiga....Aku tak dapat keje lagi oi, udah berdoa, idok juga dapat, udah mendhuha, idok juga dapat, udah berusaha tawakal, idok juga boleh still resah gundah gulana...abeh cemana. Time ni la aku mula berfikir yg bukan2, contohnya...kenapa la aku ni bukan anak raja, kenapa la najib tu bukan bapak sedara aku, kenapa la tak amek course geologist or well engineer time belajor dlu....haisshhh. Sodih. Keempat, nama dh blacklist, takleh gi luar negara hoi....bencik...bencik...(sambil guling2 atas katil hentak2 kaki). Tapi part ni memang aku mengaku salah sendiri laaa......abeh benda dh berlaku, nak buek cemmana.....Sodih lg... nasib baik aku tak terbeli tiket ker Guilin pas Ida merayu2 suh ikut dia sefamily pg vacation. Hehe....tak pasal2 tiket burn. 

Sekian sajalah cerita aku utk tahun 2015. Ending.

Tuesday, November 11, 2014

What...dah lama giler aku tak tulis blog....reasonnya.....

aku lupa password
aku pemalas
aku baru putus cinta
aku kena concentrate keje
aku takder masa
aku kena bagi makan ayam itik
aku terlalu busy main candy crush
aku busy tgk cerita korea
mak aku marah cakap jgn tulis blog
nenek suh urut kaki dia, so tak sempat tulis blog
internet chetun slow tahap siput babi yg tgh pregnant

Bla...Bla...Bla...Bla.......

zzzzzzzzzz....zzzzzzzzzzzz......zzzzzzzzzzz....

Ok skang aku dah kembali bersemangat nak nulis blog kembali, arakian pulak kat opis baru aku ni....(ye aku dah tukar keje.....jadi makcik cleaner level 52, tower 2 KLCC) Fesbuk ngn instagram (ye aku dah ada akaun instagram..ko ingat aku kampung sgt ker!!) kena blog, maka aku yg hyperactive ni jd takder mender nak buat, bila semua keje dah siap...so aku buat blog...since blog ni dah terlalu lama berada dlm hidup aku....baik aku sambung jer tulis kat cni daripada nak create baru......tambah pulak....aku baru teringat password nak masuk blogspot.

K Nak ge sambung keje..... baru kul 10.59am......rasa cam dah sehari suntuk lam opis ni....

CHOW
 
 

Friday, May 4, 2012

Ranking MIMPI

Hai semua,

Entah mimpi apa ntah, tapi tetiba jer wa mcm nak kongsi cerita kt lu orang wa punya mimpi yang sampai skang wa ingat lagi, sbb 2 buah mimpi ni adalah merupakan mimpi yg mempunyai ranking paling MERAPU dalam hidup wa, sbb kronology cerita dia sampai skang wa ingat. 
 

Cerita dia macam ni. Masa tu wa tengah berjalan2 dkt kawasan tanah yang agak lapang dan ada pokok rimbun2. Entah macam mana ntah selipar jepun cap hap seng kaler putih getah biru saiz 7 wa boleh hilang sebelah. Masa tu wa pakai t-shirt putih, kain pario and sling bag yang wa pakai secara silang (Hah!! Korang mampu mimpi sikit punya detail n particular cam aku.)Wa terjumpa sorank pakcik yang lalu kt kawasan tu, wa mengadu kt pakcik tu.

Pakcik tu mcm terkejut, dia pun bagitahu la wa, yang dia ni penjaga umah seorang artis yang keje dia suka mengumpul kasut2 dan sandle2. Wa pun cakap....Ntah2 dia ambil selipar saya tak...?? Pakcik tu pun dengan tanpa bersangsi terus ajak aku pegi umah tuan dia tu. Pakcik dia siap cakap lagi tuan dia tu muda baya wa, duduk sorank n tak kawen lagi. Wa iyakan jer, sebab wa hanya focus nak jumpa selipar jepun kesayangan wa tu jer......!!

Rumah dia kat kawasan bukit mcm lam gambo kat atas, dinding umah ni tebal mcm umah orang arab. Menjadi kan suasana dlm umah tu sejuk. Dan pasti nya sangat bnyk kasut2 yang diletak merata2 mcm show room, dan ada dua tiga pelawat yg dtg umah tu nak tgk hasil seni artis ni yg mana bahan utama dia adalah kasut ada yang sepasang n majoriti sebelah jer. Aku cari slow, tapi tak jumpa, last2 pakcik tu cakap, atas bahagian bumbung umah ada bnyk lg.

Maka secara tiba2 aku terus keluar umah pegi ker bahagian kiri umah, panjat tangga n cari selipar aku. Banyak sangat tapi tak jumpa, tgh aku dok mencari tu, tangga aku tak stabil....terus aku kedebuk jatuh ker kawasan gaung. 

OK mimpi kedua. Aku belajar kat Universiti bawah selian sorang professor yg sangat terkenal, Pastu professor tu baru amek sorank student lelaki yang sgt kacak berkarisma dan dari keluarga yang berada. Oleh kerana keperfectan mamat ni, ramai lah gadis2 student bawah selian prof yang sama minat kat dia. Aku tak minat kt dia, sbb aku tahu aku tak layak. Aku tahu aku takder chance, so aku tanak buang masa. So mamat ni sering digosipkan dgn sorang minah cun ni. Yang mana mereka sangat rapat. Dan pasti minah ni minat dia, tapi mamat ni hanya sekadar berkawan. 

Satu hari, masa aku dalam lab, aku terbaca mamat ni punya puisi sbb dia tertinggal atas meja. Mamat ni terperasan aku baca puisi dia, dia hanya tersenyum. Oleh sbb puisi dia bagus bangat. Aku pun tulis puisi bagi kat dia, suh dia baca. Dia suka puisi aku, siap cakap. Dia takder aper2 ngn minat cun tu, so jgn percaya cakap2 orang. Kebesokan harinya pas taklimat dari prof, mamat ni pas kan aku sepucuk surat, dia cakap puisi balasan dari dia. Time aku dah buka and nak baca baris yg pertama. Terus aku terjaga dari tidoooo.....sekian...!!!

Kesimpulannya: Walaupun penat berkeje, jgn tido time Asar......bnyk syaitan....!!! :-)

KL - Hat Yai - Krabi - Ao Nang PART II

Hui....lama tak bukak blog, password pun dah lupa la kan..!! Sorry lambat update blog (sambil buat muka bersalah), sebab semenjak dua menjak ni asyik takder idea ngn takder mood, nak kata takder duit, gaji baru masuk, nak kata tak shopping, baru jer perabehkan duit kat vietnam aritu. Ni memang betul2 punya tak der mood. Hokey..!! Aku ada baca pasal bombing kat Hat yai, masa ni aku still kat Saigon lagi, my officemate yg inform me, dlm hati aku just mcm hhmmm...dah agak dah..!!. Memang ....entah lah, tak tahu nak describe apa..?? Dan terpikir jugak aku, Malaysia ni pun terdiri dari pelbagai bangsa dan AGAMA, kenapa benda macam ni tak berlaku kat Malaysia..?? Why..?? And Why..?? Dan bagaimana kalo one day, this thing happen to our beloved country...??

Just satu jer nasihat aku, for those yg suka travel tu, better be carefull when visiting negara yg bergolak ni. Bukan nya apa, if anything happen to you, insurance company might not even gave a cent to you or your family. Asked your agent for further understanding. Asked them also, if anything happen to you, outside your own country, which and what number you should contact..?? I guess you have to deal and bare with this detail carefully. Expect the unexpected.

Ok sambung balik cerita pasal trip aku aritu. Ktrg naik van yang agak besar and exclusive. Ingatkan team ktrg jer naik van tu. Disumbatnya lagi sorank mat salleh dengan 3 orang gadis pengiring mat salleh tu. Total semua 15 orang, termasuk si Nuu'k, driver ktrg, menjadikan ianya 16 orang, haversack lak dia letak bertimbun2 diantara pathway yg secoet tu, menjadikan kami mcm pelarian perang kaedahnya. Si Nuu'k ni muda lagi, aku budget umur dia lam 20thn, oleh sebab dia masih muda, maka dia sangat lah bersusah payah nak memuaskan hati kami. Dan oleh sebb aku ni gatal mulut sangat cakap kat Nuu'k, can you make the journey even faster. Sbb yuholl's yuholl's semua misti tak tahu kan.... dari Hatyai nak ker Krabi, makan masa lebih kurang 4-5jam hokey...!! Boleh PITAM mak noq's...!! Maka nya si Nuu'k ni main spead tahap tak hengat la kan...!! Aku, Bally, Akim and Dol duduk seat paling belakang yg super sempit. Sampai tahap aku duduk sambil pegang plastik. Stand-by takut muntah lam van...!!

Meloya tahap org pregnent, sakit belakang, sampai skang still terasa kesan dia. Sendiri cari penyakitkan....rasakan..!! Tu la lain kali nak ge xpdc cam ni rancang betul2, jgn main bedal jer, kan dah merasa....4 jam duduk menegak, nak tido ... memang kim salam la. Dgn kadar pemanduan, spead spead break, pas spead break lagi. Memang mengucap panjang je la. Time tengah sensara lam van, tetiba aku terpikir, naper la tak naik train sampai Surat Thani jer....... dari cna nak ker KRABI, dekat la jugak. Dah dlm van yer kawan2....lagi dua jam nak sampai Ao Nang, baru nak berfikir secara logik. Memang makan selipar kalau disuarakan pd rakan2 taulan yg lain.

Dari Hatyai masuk ke daerah Phatthalung then straight to Trang, then berenti stesen mana ntah utk isi minyak, dlm masa sama leh beli minuman or makanan kt coffee house kt sebelah toilet. Kawasan hentian rehat Thai ni siap ada Surau....impress kawe'..!! Lepas tu terus ker Krabi Town yg terletak berhampiran pantai. Kaedah si Nuuk's ni macam dah sampai jer n nak ktrg semua turun. Aku pun kepelikkan....this is not Ao Nang. Terus aku jerit dari belakang van. Suh Nuuk's ni berenti depan McDonald Ao Nang. Nah hamek kau...!! Kalo ko tak penah dtg Ao Nang, tak pasal2 ko kena tipu la kan...!! Aku rasa....si Nuuk's ni pun tak berapa sure la kawasan Ao Nang, nampak gak la kaedah dia....gaya2 konfident berlakon. Mat Salleh tu pun dah bising2 dia nak berenti depan umah dia. Last skali Nuuk's pun pecut balik van dia..... setengah jam kemudian sampai lah kami di rumah Mat salleh tu. Bini dia siap tunggu depan umah dgn anjing dorank.  Maka aku buat conclution, minah 3 orang yg ikut dia tu mungkin pembantu umah dia.

Pas lalu depan masjid Ao Nang yg still under construction since tahun lepas, aku dah start rasa lega, sbb aku dah rasa sure and familiar with the place. Betul2 dia rentikan ktrg depan McD, pas dia hulur card bagai suh ktrg call dia time nak balik nnt. Dia pun belah...!! Time tu lebih kurang kul 4ptg waktu Thai. Oleh sbb ktrg send gadis2 manis duduk seat depan intertain si noq's iaitu Kak chik n Fiza, maka ktrg dpt rate yg bleh tahan murah utk balik iaitu 250 baht. ok laa tu..!! Ktrg start seperate ge survey harga yg murah....!! Konon2 team ricky la nih.... pas 10 ker 15 minute ktrg kumpul balik. Aku cuba cari backpackers lounge, sbb dulu aku penah perasan lounge tu. Tapi time survey kali ni tak jumpa, n hotel yg aku tanya majoriti nak headcount. Memang kantoi la, kalo bagi headcount...!! Abeh di mark-up nya. Pas ktrg kumpul balik and collect maklumat. Aku tak puas hati, sbb rate dia still mahal, around 450 to 600 baht per day per person. Last2 aku tarik fiza, suh teman aku ge survey. Dapat la rate yg best giler, bilik pun best giler, tiptop condition...tv, aircon, peti ais. 900 baht per room. Dapat 4 bilik utk 11 orang, kira2 900x4 bilik = 3600/11 sama dengan rm35 per head per day laa. Memang layan...~~ Me Mee Hotel..!! Nama hotel mcm sgt menyelerakan..!!

 Aku bersama Bally yg KACAK...!! Untung la muka kacak..!!

Saturday, March 31, 2012

KL - Hat Yai - Krabi - Ao Nang PART I

Hello peeps...!! 

Hmmmm.....don't know where to start as i still felt tired due to my last journey to my DREAM. Kadang-kadang aku rasa, kenapa la manusia ada impian dan keinginan, sampai tahap sanggup menyusahkan diri demi memenuhi keinginan dan impian dia. A year ago, i've went to Ao Nang, Krabi not even experience the best specialtist there....ROCKCLIMBING. And i make a wish, one day i will come to this exact place and experience the best endeavour ROCKCLIMBING myself. Yup...i just make a randomly wish. Never ever though that this will come true.......akakakakakaka.....!! Somehow.......to be honest, this is really worth taking risk for, and one of my best journey ever........and GOD bless me with good companions and buddies...!!! 

(Sblum apa2 aku just nak bagi tahu, trip ni adalah trip budget, nak spend RM300 jer, tak termasuk tiket ketapi. Ni dorank tau.....aku ni memang tak leh nak harap part2 budget ni, sampai tahap nak sweap credit card bila handbeg Jimmy Choo and Mulberry memanggil2 diriku...!!)

Ok ktrg start kumpul kt KL Central kul 8.45pm. Aku park keta kt TBS bayar RM3 per entry...sangat murah hokey banding park kat KL Central RM40 sehari..... giler mahal, kalo ada tender jaga parking KL central aku sanggup fight...!! KAYO den...!! Oleh sebb skill naik pengangkutan awam ni dah lama aku tinggalkan, makanya kompom la aku dah tersalah naik LRT, walhal kalo naik komuter...direct jer terus ker KL Sentral. 

Aku sampai tahap nak berenti mana2 stesen nak amek cab jer.....namun aku cuba pecahkan otak mikir balik mcm mana nak ge KL Sentral time zaman dolo2....makanya aku tukar train kat Masjid Jamek. Yer kawan2...jgn salah kan aku hokey. Aku dah tanya dah kat pak guide yg jaga LRT tu, train ni leh ge direct ker KL Sentral ker....laju jer dia balas "BOLEH" sambil angguk kepala. Then LRT lak dah pakai system baru, yg pakai coin tu. Bila time ko nak cepat. Kompom ko takkan perasan punya. ...... tapi lantak lah...!! Ahahhaaha.... kadang2 kalo aku tulis kisah perjalanan aku ni.....bnyk berleter dari info sebenar...!! hek..!!

Ktrg amek coach yg ada katil tu. Bayaran RM60 katil bawah and RM56 katil atas. Aku nasihatkan, jgn kedekut nak amek katil bawah...walaupun korank punya xpdc, budget tahap tak hengat. Terutama nya bg mereka2 yg jenis tido pusing cna pusing cni sebelum nak betul2 lelap. Bukannya apa, takut benda yg tak sepatutnya jatuh ker lantai, contoh spt BANTAL BUSUK.....memang humangaih...malasnya den nak turun ngambik...!! Dan macam biasa jugaklah, geng2 aku ni memang tak penahnya leh duduk diam2 atas katil, tak sampai sejam ketapi bergerak (Kul 9.30pm) ktrg dah berjaya merantau ker KANTIN, minum sambil lepak2. 

Borak2 kenang kisah lama sambil pekena milo ais, sbb masing2 dari fakulti yang sama, amek subjek REKREASI, cuma batch jer yg berbeza2, ada senior ada junior. Yang pasti semua sempoi2...tak pening kepala. Tak treat program mcm lawatan bdk sekolah. Semak rasa kalo prgrm enjoy2, layan cam pgrm lawatan sekolah..... nak ge zoo negara contohnya...!! Lepak sampai kul 12 lebih, terus balik ker katil ...TIDO. Aku ni jenis susah nak tido kalo ada kat tempat baru, walaupun dah puas cium bantal busuk. Kul 5 lebih baru terlelap. Sedar2 dah 9.30am... Dorank reramai ge lepak KANTIN sarap. Aku baru bangun, pastu kena bantai perli sbb tak gosok gigi... By that time, ketapi dah menghampiri Padang Besar. Rilex la bro, namapun backpackers.....!! Kalo baru bangun tido tuh, kompom la muka tak macam ratu cantik kan....!! Kemas2 semua barang.... angkut ge imigresen... nak cop pasport. Dorank ckp time dulu2 ...takyah angkut beg, leh tinggal jer kat coach, tapi skang dah tak leh. Dengan muka penuh mamai....aku iya kan jer lah...!!

Sementara nak tunggu kepala ketapi dari Thailand dtg collect ktrg. Ktrg lepak kt kedai makan kt level 2. Sempat aku masuk toilet..... gosok gigi sblum makan. Akakakkaa. Dari Padang Besar ker Hat yai, 2 gerabak jer dia bawak. Satu gerabak katil, satu lagi seat biasa. Tak sangka lak dah berjaya masuk Thailand, suasana dia exactly sama cam kt kedah or perlis, siap ada pokok getah sepanjang jalan. Cuma beza dia, boleh dikatakan setiap umah akan ada wat atau tokong kecil....ada yg kecil, ada yg besar kemain, walhal umah takder la besar mana pun...!! Bergantung kepada budget masing2 mungkin.

Lebih kurang sejam lebih....ktrg sampai kt gerabak 4, Hat Yai. Oleh sebab stesen dia biasa2 jer. Maka suasana agak kelakar bila ktrg nak lintas stesen ker kaunter utama, dimana ktrg kena menyelit celah pagar (yg mana orang yg pakai seluar size 24 memang senang menyelit, size >24.. lu pikir la sendiri), masuk ker gerabak ketapi thailand lintas landasan ketapi satu lagi, baru sampai kaunter..senang cakap takder flyover la. Aku yg bawak haversack ni pun kemain susah lg nak lintas, lam hati aku dah gelakkan mat-mat saleh yg bawak luggage besar almari kt umah. Dorank dah bising2 berbincang, mcm mana nak lintas. Tapi bagus la orang Thailand ni, ntah saper2 ntah, dtg dari mana ntah, terus tolong ktrg angkat haversack dari atas ketapi. Serius aku kagum. Negara dia memang biasa2 jer banding negara kita..... tapi memang dorank akan layan n respect kita mcm tetamu. Aku penah amek kursus tourist guide, memang the best hospitality in sounth east asia...is THAILAND hokey...!! Negara kita......hhhmmmmm pegi lantak ko laa.....!! Kan...kan.... betul tak apa aku cakap. Kecuali kita bg benefit kat orang tu baru dia akan tolong kita........we call this ATTITUDE...!!!

Ktrg amek tuttut ker stesen bus Hatyai bayar 20bath/2hinggit sampai lam kul 11am. Sampai hentian bus, bas nak ker Krabi dah berlepas kul 10am waktu Thai....(Malaysia cepat sejam dari Thailand). Ktrg decide sewa van, so ktrg berpecah ge survey harga, rate yg aku baca kt internet dlm 300 ker 350 bath/sorang sampai KRABI town. So ktrg survey around tu jer tapi ktrg nak sampai Ao Nang. Kalo lebih, ktrg reject, memang bnyk gak la....yg tekan sampai 380 bath. Last2 dapat harga 300 bath straight to Ao Nang....yeah....yaahhhoooo...hoyeahhh!! Kalo korank pentingkan budget lam korank punya XPDC, better survey and bit to the lowest price. Sbb apa, kalo orang tempatan...Hat Yai to Ao Nang...dorank charge 150 bath jer tau. Rate ni aku survey time sembang2 ngn penduduk area cna.... heh..!! 

- To be continue

Hmmm tak sangka lak....buat karangan blog kemain panjang berjela, time wat karangan sekolah, sampai pecah kepala cari idea......OK lah kenkwn, kalo dah ada PART I, tak tahu lah bila masa lak aku ada masa nak sambung PART II. Korank tunggu jer lah......pas aku balik dari vietnam...!! Sabor ekk...

Thursday, March 22, 2012

Weeknesses

I have a very terrible problem when it comes to the moment to pack my bag. Especially when it comes to the limit where the space is the most consuming. I'll always get hiccup for this, and end up to bring something which i might not really needed and left something or lost trace something which i needed the most.

Arrggghhhhh almost 6pm, i didn't even start packing my thing. I'm freak out....felt like wanna bring the whole wardrobe along. ah...hell....!!


“A person who never made a mistake never tried anything new.” Albert Einstein